Wednesday, June 29, 2005

Dae'i dan Gerakan Islam: Prinsip yang harus dipertahankan

Image hosted by Photobucket.com

Oleh:Mohd Nor Zaiman Che Mansor

Melihatkan perkembangan suasana dakwah semasa sudah pastilah terdapat pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh umat islam.Perkembangan yang sering kali diperkatakan ialah munculnya pelbagai aliran-aliran dan segala bentuk pemahaman yang sudah pastilah berdiri di atas nama islam.

Islam Liberal,islam Tanwiri,islam progresif mahupun islam moderate sudah tidak asing lagi dari pendengaran umat islam masa kini.Bahkan bagi mereka yang mendokong akan pelbagai gerakan islam sama ada di sini mahupun di luar sana sudah pastilah tidak akan tidur lena bagi memikirkan apakah alternatif yang terbaik bagi menangani isu ini.

Namun bagi masyarakat umum yang mungkin jahil akan agama ini mereka tersepit di dalam tuntutan suasana ini apabila mereka tergerak untuk mencari kebenaran akan agama ini.Oleh itu seharusnya bagi mereka yang menjadi pendokong akan islam yang di bawa oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam seharusnya mempertahankan akan prinsip -prinsip yang menjadi dasar kepada agama ini.

Antara prinsip utama yang harus dipertahankan ialah:

Pertama:Ikhlas dalam memahami konsep Tauhid

Ikhlas menurut erti bahasa ialah membersihkan atau memurnikan sesuatu dari kotoran. Sedangkan menurut istilah syar’i, ikhlas adalah membersihkan dan memurnikan ibadah dari segala jenis kotoran syirik.

Setelah diketahui pengertian ikhlas menurut pengertian syar’i, dapat diambil kesimpulan bahawa orang dikatakan ikhlas dalam beribadah apabila ia bertauhid dan meninggalkan segala jenis syirik.

maka seharusnya umat islam memahami apakah bentuk tauhid yang harus diyakini bagi membersihkan diri dari kotoran itu.

Tauhid yang pertama: Tauhid Rububiyyah, maksudnya kita harus yakin bahawa yang mencipta, memberi rezeki dan yang mengatur alam semesta hanya Allah Ta’ala tidak ada sekutu bagi-Nya.

Tauhid yang kedua: Tauhid Uluhiyyah, maksudnya yakin bahawa yang berhak disembah dan diberikan segala bentuk peribadatan hanyalah Allah Ta’ala tidak ada sekutu bagi-Nya.

Tauhid yang ketiga: Tauhid Asma’ wa Sifat, maksudnya kita harus yakin bahwa Allah Ta’ala memiliki Nama dan Sifat yang Mulia dan tidak sama dengan makhluk-Nya. Kita harus meyakini seluruh Nama dan Sifat Allah yang ada di dalam Alquran dan Assunnah apa adanya.

Setelah meyakini ketiga jenis tauhid ini, maka wajib meninggalkan dua jenis syirik yang menjadi musuh bagi orang-orang yang bertauhid.

Syirik yang pertama disebut Syirik Akbar, iaitu syirik yang menyebabkan pelakunya keluar dari Islam. Syirik jenis ini amat banyak jumlah dan jenisnya, di antaranya adalah meyakini ada yang mencipta dan yang mengatur alam ini selain Allah Ta’ala, meminta rezeki atau jodoh kepada orang yang telah mati atau kepada jin, menolak sebahagian atau seluruh Nama dan Sifat Allah Ta’ala.

Syirik yang kedua disebut Syirik Asyghar, iaitu syirik kecil yang tidak menyebabkan pelakunya dikeluarkan dari Islam. Namun dosanya lebih besar daripada dosa zina, dosa mencuri atau kemaksiatan lainnya. Di antara amalan yang termasuk jenis syirik ini adalah riya’ (ingin dilihat oleh orang ketika beribadah), sum’ah (ingin didengar ibadahnya oleh orang lain), bersumpah dengan nama selain Allah, memakai azimat dengan keyakinan bahawa kekuatannya bersumber dari Allah. Untuk yang satu ini bila diyakini bahawa sumber kekuatan itu dari azimatnya, maka sudah termasuk Syirik Akbar.

kedua:Bersatu di atas Al-quran dan As-sunnah dengan pemahaman salafus soleh

ini sepertimana firman Allah ta'ala dalam surat Al- Imran ayat 103: “Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah seluruhnya dan jangan kamu berpecah belah ...”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Aku tinggalkan sesuatu untuk kamu. Bila kamu berpegang teguh dengannya maka kamu tidak akan tersesat selamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku.” (HR. Imam Malik, Al-Hakim )

Di samping itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga memerintahkan kita untuk mengikuti pemahaman para sahabat. “Sesungguhnya barang siapa yang masih hidup selepasku nanti,ia akan melihat perbezaan prinsip yang banyak sekali, untuk itu wajib bagi kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa Rasyidin yang mendapat petunjuk, peganglah erat-erat dan gigitlah dengan gigi geraham dan jauhilah perkara baru dalam agama, kerana setiap perkara baru dalam agama itu bid’ah dan setiap bidah itu sesat.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi,. Inilah prinsip persatuan umat yang harus dijadikan sebagai pegangan.

Ketiga:Mencari Kemuliaan dengan Ilmu Syar’i dan bukan dengan akal semata-mata

Kita semua sepakat bahawa tujuan hidup manusia di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah Ta’ala sebagaimana yang telah ditegaskan di dalam Al Quran surat Adz-Dzariyat ayat 56. Oleh sebab itu, merupakan keharusan bagi kita untuk mengerti, apa yang dimaksud ibadah itu? Apakah ibadah hanya setakat solat, puasa, haji atau yang lainnya? Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Al-’Ubudiyyah halaman 38 menjelaskan bahawa ibadah itu mencakupi segala perkara yang dicintai dan diredhai Allah Ta’ala baik berupa ucapan merupakan perbuatan, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi.

Untuk mengetahui secara terperinci ibadah yang dicintai dan diredhai Allah Ta’ala tidak boleh disimpulkan dengan akal kita, tetapi harus ada petunjuk langsung dari Allah Ta’ala yang menugaskan kita untuk beribadah kepada-Nya. Petunjuk itu bernama Al Quran dan As-sunnah yang telah dijelaskan secara rinci oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada para sahabatnya radiyallahu ‘anhu. Pendek kata, wajib bagi kita mempelajari Al Quran dan Assunnah agar kita dapat menunaikan tugas ibadah dengan baik dan benar. Perlu diketahui, bahwa Al Quran dan Assunnah itulah yang disebut Ilmu Syar’i sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhuma dan lainnya.

Keempat:Menjayakan Gerakan Tashfiyah (pemurnian) & Tarbiyah (pendidikan)

Sepertimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para sahabatnya. Dari Abu Najih Al-’Irbadl bin Sariyah radiallahu ‘anhu ia bercerita: “Suatu ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam memberi nasihat kepada kita, nasihat itu membuat hati bergetar: “Wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, sepertinya nasihat ini adalah nasihat perpisahan, untuk itu berilah kami wasiat!” Maka beliaupun bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan tetap mendengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh penguasa dari budak Habsyi. Sesungguhnya, siapa saja di antara kamu yang masih hidup sepeninggalku nanti, pasti melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian untuk tetap berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa arrosyidin yang mendapat petunjuk, peganglah sunnah itu dan gigitlah dengan gigi geraham (jangan sampai lepas) dan jauhilah perkara-perkara baru yang disusupkan ke dalam agama kerana sesungguhnya setiap perkara baru yang disusupkan ke dalam agama itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat”. (HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

Tashfiyah adalah gerakan pemurnian ajaran Islam dengan cara menyingkirkan segala keyakinan, ucapan mahupun amalan yang bukan berasal dari Islam. Sedangkan Tarbiyah adalah usaha mendidik generasi muslim dengan ajaran Islam yang murni, yang berdasarkan Al Quran dan Assunnah dengan pemahaman para sahabat Radiyallahu ‘anhum ajma’in.

Dalam rangka menjayakankan gerakan ini, Ahlus Sunnah wal Jamaah terus menerus memperingatkan umat dari segala bentuk penyimpangan baik berupa kekufuran, kesyirikan, kebid’ahan mahupun kemaksiatan, di samping itu juga meluruskan penyimpangan-penyimpangan yang terjadi baik yang ada di kitab-kitab yang tersebar di kalangan umat mahupun pernyataan-pernyataan sesat dari para penyesat. ini semua dinilai sebagai amar ma’ruf nahi munkar yang menjadi kewajiban kita semua.

Inilah antara prinsip-prinsip yang harus dipertahankan oleh setiap dae'i mahupun pendokong kepada gerakan-gerakan islam.usaha ini haruslah diteruskan bagi menyebarkan pemahaman terhadap agama ini dengan pemahaman yang sebenar.Dengan kata lain menyebarluaskan Islam yang tulen agar kita semua dapat terpisah daripaga aliran-aliran yang menyesatkan oleh penyesat agama ini.wallahualam.

Thursday, June 23, 2005

PENGALAMAN DI ISTANBUL: PENGAJARAN UNTUK GERAKAN PELAJAR

Muhammad Hilmi bin Ramli

Berada di Istanbul, Turki pada 27 Mei- 3 Jun 2005 mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sungguh mengkayakan pengalaman saya. Kaya dari segi sejarah tamadun Islam dan pendedahan isu keantarabangsaan. Saya mewakili PKPIM bersama En. Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dijemput untuk menghadiri persidangan International Islamic Federation of Student Organization (IIFSO) di Istanbul, Turki. Di samping persidangan itu, kami juga menjadi tetamu jemputan untuk sambutan ‘Pembukaan Kota Konstantinople’ yang diadakan setiap 29 Mei setiap tahun dan peserta Economic and Social Researches Center (ESAM) Convention yang menjadi himpunan gerakan Islam sedunia.

Selain PKPIM, turut berada di Istanbul ialah dua orang wakil Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) iaitu saudara Najmudin bin Mohd Nawi dan saudara Mohd Mujahid bin Mohd Nasir. Mereka ditugaskan untuk mempelajari bahasa Turki di samping mengkaji sejarah Turki yang kaya dengan sejarah Uthmaniah.

Saya bersama En. Ahmad Azam berada selama seminggu di kota Istanbul. Pengalaman tiga hari awal kami menjadi tetamu Parti Saadat, sebuah parti Islam yang dipimpin oleh Najmudin Erbakan. Najmudin Erbakan, atau panggilan popular di kalangan penyokong- penyokong parti beliau ialah ‘Mujahid Erbakan’ merupakan tokoh yang berpengaruh di Turki. Pengalaman memenangi pilihanraya nasional dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Turki yang membawa elemen Islamisasi Turki menjadikan beliau sosok yang cukup berpengaruh dan popular. Kemudian setelah disingkir oleh tentera setelah menjadi Perdana Menteri, menjadikan sokongan simpati rakyat terhadapnya tidak berbelah bagi.

Saya bersama En. Azam menjadi tetamu program Parti Saadat untuk tiga program utama iaitu, persidangan IIFSO, sambutan 29 Mei dan Economic and Social Researches Center (ESAM) Convention.

IIFSO merupakan badan pelajar internasional yang berpengaruh sejak penubuhannya, iaitu hampir 36 tahun. IIFSO mempunyai dua kejayaan besar iaitu menerbitkan dan menterjemahkan buku- buku tentang Islam semasa yang sudah tersebar ke seluruh negara. Yang keduanya, IIFSO telah mengumpulkan banyak pergerakan pelajar seluruh dunia untuk bernaung di bawah nama IIFSO. Akan tetapi, mutakhir menyaksikan ada masalah dalaman yang menyebabkan pergerakan IIFSO terencat, terutamanya selepas kejadian 9/ 11 di Amerika.

Manakala setelah itu, kami dijemput ke sambutan 29 Mei, sambutan pembukaan Kota Konstantinople yang ditukar kemudian kepada Istanbul. Sambutan ini diadakan di Stadium Ismetpasha, Izmir. Perjalanan dari Istanbul ke Izmir lebih kurang dua jam dengan menaiki bas. Saya bersama En. Azam sekali lagi menjadi tetamu khas kepada Parti Saadat di dalam program ini. Sambutan 29 Mei ini memperingati usaha Sultan Muhammad Al- Fatih, seorang pemuda berumur 21 tahun yang menakluki Kota Konstantinople pada 1453 yang kemudian ditukar kepada Istanbul. Pembukaan kota Istanbul ini memberi signifikan yang besar kepada tamadun Islam. Malah pembukaan ini adalah sebahagian daripada janji Rasul SAW yang mengatakan bahawa ‘kota ini’ akan dibuka oleh sebaik- baik ketua dan sebaik- baik tentera. Maka Muhammad Al- Fatih adalah orangnya.

Sambutan ini sungguh meriah dan meransang semangat setiap orang yang berada di situ. Pekikan orang menyambut ketibaan Erbakan bersama beberapa tokoh gerakan Islam menjadikan suasana lebih riuh. Dalam program itu, selain demonstrasi penaklukan Kota Konstantinople, para tokoh gerakan Islam turut memberi ucapan ringkas. Antara tokoh gerakan Islam yang berada di situ yang memberi ucapan ialah Ustaz Abdul Hadi bin Awang, Presiden Parti Islam Malaysia, Mujahid Rabbani, Amir Jamaat Islami Afghanistan dan beberapa tokoh lagi dari Sudan, Arab Saudi, Pakistan dan lain- lain. Malah ucapan Erbakan adalah kemuncak bagi program itu apabila beliau memberi rangsangan semangat kepada para penyokong beliau.

Kemudian, program seterusnya ialah Economic and Social Researches Center (ESAM) Convention, yang diadakan di Eyup, Istanbul. Mesyuarat ini adalah perhimpunan seluruh gerakan Islam sedunia bagi membincangkan isu- isu umat Islam. Saya memandang bahawa ini adalah satu usaha alternatif yang diusahakan oleh Erbakan bagi menggantikan fungsi Organization of Islamic Conference (OIC) yang kelihatan tidak bermaya disebabkan dipimpin oleh mereka yang ada jawatan politik dalam negara. Maka ini adalah platform baru yang cuba untuk mewujudkan G8 of Islamic State, atau Kumpulan 8 Negara Islam. Idea Erbakan ini adalah respon kepada G8 yang mengumpulkan negara- negara kaya sedunia seperti Amerika, Jepun, UK dan lain- lain lagi, yang mesej utamanya ingin bebas dari pengaruh pemimpin politik negara..

G8 of Islamic State ini ingin menghimpunkan negara- negara Islam yang berpengaruh seperti Malaysia, Turki, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh, Sudan, Arab Saudi dan Mesir. Pada hemat saya ini masih di peringkat idea yang boleh diperbaiki dan diperhalusi. Pada program ini, ramai wakil dari negara Islam seluruh dunia terutamanya para pemimpin gerakan Islam berbincang mengenai isu- isu umat Islam.

Kemudian setelah tiga hari menjadi tetamu Parti Saadat, kami menjadi pula tetamu kepada aliran pemikiran Said Nursi Badiuzamman, yang pendekatannnya kepada dakwah dan pendidikan. Jika sebelum ini pendekatan yang kami perhatikan ialah kepada pendekatan politik dan kuasa, maka ianya sudah bertukar 180 darjah!

Said Nursi Badiuzzaman, tokoh ‘Revivalist’ Islam pada awal kurun ke- 20 telah berjaya mempertahankan nilai- nilai Islam sehingga hari ini. Beliau adalah tokoh yang paling dikenali ketika saat- saat Turki menjadi sekular oleh Kamal Ataturk. Usaha beliau mengerakkan umat Turki supaya berpegang kepada nilai- nilai Islam amat dikenang sehingga hari ini. Separuh daripada umurnya dihabiskan di penjara sehingga mampu melahirkan karya agungnya iaitu Risalah An- Nur yang menjadi bacaan generasi baru Turki yang sedar tentang Islam. Beliau meninggalkan ramai anak murid, akan tetapi yang paling dikenali iaitu Fethullah Gulem. Beliau amat dikenali kerana berjaya mengemaskini ajaran Said Nursi dalam bentuk- bentuk yang praktikal dan menjadi model yang berjaya.

Antara model yang berjaya ditonjolkan hasil ajaran Said Nursi ialah syarikat TV Samanyolu, surat khabar ZAMAN, Kolej dan Universiti Fatiih, badan Association of Social and Economic Solidarity with Pacific Countries (PASIAD) dan ada banyak lagi. Saya berpengalaman melawat setiap agensi dakwah yang mempunyai aliran pemikiran Said Nursi seperti di atas. Mereka ini membawa aliran dakwah Said Nursi yang mementingkan dakwah dan pendidikan melalui media akhbar dan elektronik dan institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti.

Said Nursi dalam satu buku beliau melontarkan idea futuristik yang mengatakan bahawa penguasaan kepada media dan pendidikan untuk menyebarkan dakwah pada masa hadapan berupaya memberi keuntungan besar kepada dakwah Islam. Idea beliau ini dikemaskini oleh Fethullah Gulem lalu beliau menggerakkan penubuhan beberapa agensi dakwah seperti yang telah wujud hari ini.

Aliran dakwah Said Nursi ini mempunyai pengaruh yang kuat sehingga ada suatu ketika, En. Azam apabila berjumpa pengetua Kolej Fatiih, apabila beliau mengatakan beliau membaca karya Said Nusri, pengetua itu terus memeluk dan mencium tangan En. Azam. Ini adalah bukti kata- kata Said Nursi bahawa karya beliau kelak bukan sahaja berada di bumi Turki, akan tetapi tersebar ke seluruh dunia. Ini yang meyakinkan pengetua Kolej Fatiih itu bahawa karya Said Nursi terus relevan walaupun sudah meninggal dunia.

Kesimpulan dari menjadi dua tetamu yang berbeza di Turki memberi pengajaran yang besar kepada saya. Secara umumya, apabila dikatakan pendekatan politik dan kuasa, ianya akan melibatkan competition sesama parti yang wujud untuk mencapai matlamat masing- masing. Manakala pendekatan dakwah pula, akan mewujudkan cooperation environment, yang bertujuan mengajak semua orang menuju matlamat yang sama.

Dalam konteks dunia hari ini, kedua- dua pendekatan saling bantu- membantu. Tekanan politik (political pressure) diperlukan dalam keadaan rakyat dizalimi. Manakala dakwah melalui pendidikan kepada orang ramai juga penting dalam memastikan umat ke hadapan. Akan tetapi jika terlalu obses dengan satu sudut sahaja akan membahayakan ruang lingkup pergerakan kita.

Dalam konteks badan dakwah seperti PKPIM pula, sudah semestinya aliran dakwah dan pendidikan perlu diperkasakan. Pendekatan pendidikan dilihatkan kurang popular, akan tetapi ia mampu memastikan survival PKPIM mampu bertahan. Pendidikan bagaimana ditekankan? Sudah tentu melalui penekanan yang lebih kepada ilmu- ilmu warisan Islam (baca: Al-Quran dan Tafsir, Hadis, Fiqh, Arab dll) dan kemudian baru penguasaan ilmu semasa (baca: IT, pengurusan, sains, komunikasi dll). Budaya ilmu perlu ditekankan, budaya picisan perlu disingkirkan. Kadang kita terlalu obses dengan penguasaan ilmu semasa menyebabkan asas- asas agama kita rapuh, lalu banyak program yang diadakan tidak mendatangkan keuntungan yang besar. Ini kerana kita tidak menyelesaikan masalah yang asasi, tetapi masalah yang tidak sepatutnya.

Malah, selain memperkasakan sistem pendidikan melalui usrah, kuliah dan tamrin, PKPIM perlu mempunyai ‘branding’ yang menonjolkan imej PKPIM. ‘Branding’ ini boleh diwujudkan melalui program, institusi atau penerbitan. Ini penting bagi memastikan fokus jangka masa panjang PKPIM terlaksana.

Usia muda adalah waktu terbaik untuk belajar. Justeru, jika ada kesalahan, itu adalah guru yang terbaik. Dan biarlah tarbiah atau ‘madrasah PKPIM’ akan datang mampu melahirkan manusia yang berjasa dan berguna untuk keluarga, umat, negara dan agama Islam itu sendiri.

Dalil Perlu Berhikmah Dalam Berdakwah

Mohd Nor Zaiman Che Mansor

Risalah Islam telah diturunkan oleh Allah ta'ala di daat-saat manusia membutuhkan kepada hidayah dan petunjuk. Turunnya Risalah ini dikala kegersangan kehidupan yang jauh daripada norma-norma insani yang memerlukan garis panduan bagi melengkapkan atucara kehidupan yang sempurna. Diperturunkan seorang nabi dan rasul yang melengkapkan lagi kesempurnaan kepada tuntutan wahyu yang ingin dibawa untuk sekalian umat.Keperibadian Rasulullah sallahua'laihiwassalam yang mulia dan dipertontonkan kepada umat manusia membawa kepada martabat yang agung yang menyinari setiap genap sudut kepada Risalah yang suci ini.Kesabaran dan kelembutan adalah salah satu dari sekian akhlaq mulia Rasulullah sallahua'laihiwassalam, bahkan terhadap mereka yang pernak menyakiti dirinya sekalipun.

Seperti terjadi pada kisah datangnya Malakul Jibal (malaikat penjaga gunung uhud) kepada beliau sekembali beliau dari Thoif yang penduduknya menolak dakwah beliau, mencacinya bahkan menyakitinya. Malakul Jibal mengatakan: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah telah mendengar ucapan mereka terhadapmu, dan aku adalah Malakul Jibal yang diutus Allah kepadamu untuk mentaati segala apa yang engkau perintahkan. Apa yang engkau kehendaki? Jika engkau mahu, nescaya akan kuratakan negeri mereka dengan tanah”. Apa jawapan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam :
"Tidak, bahkan aku berharap dari keturunan mereka akan muncul orang yang beribadah kepada Allah yang tidak menyekutukannya".

Begitulah tingginya kesabaran yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam. Pada suatu hari, saat Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya sedang berada di masjid, tiba-tiba datang seorang Arab Gunung (Badui) kencing pada salah satu bahagian masjid. Melihat kelakuan badui ini para sahabat marah, bahkan ada sebagiannya yang hendak menarik dan menghajarnya.“Mah! Mah!”, kata para sahabat mengherdik si Badui agar tidak kencing di sana, namun tidaklah demikian dengan Rasulullah. Beliau melarang para sahabatnya berbuat kasar kepada si Badui ini. “Biarkan! Biarkan!” kata Nabi. Setelah ‘buang hajat’nya selesai, dipanggilah orang itu. Dengan lemah lembut Nabi katakan kepadanya: “Ini adalah Masjid, bukan tempat kencing dan buang kotoran. Sesungguhnya tempat ini untuk zikrullah, solat dan membaca al Quran”. Nabi kemudian menyuruh seseorang untuk menuangkan air pada bekas kencing orang tersebut.

Apa reaksi Arab Gunung menyaksikan kelembutan Nabi terhadap dirinya, berbeza dengan para sahabat yang nampak begitu geram, dia kagum dan berdo’a: “Ya Allah rahmatilah aku dan Muhammad dan jangan rahmati seorang pun selain kami berdua”. Dasar memang Badui! Kemudian Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam mengingatkan orang ini dengan kelembutan. “Kenapa engkau menyempitkan sesuatu yang luas? Bukankah rahmat Allah itu luas?”. Demikianlah Imam Bukhari dan Muslim menukilkan peristiwa itu dari Sahabat Anas bin Malik.

Pada peristiwa lain disebutkan dalam suatu riwayat dari Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami, “Aku dan para sahabat solat bersama Rasulullah. Tiba-tiba ada seseorang dari jamaah yang bersin. Lantas kukatakan: “Yarhamukallah!” Maka kudapati semua mata mengarahkan pandangannya padaku. Kukatakan: ”Ada apa dengan kalian ini”? Ketika mereka melihatku berbicara dalam solat, mereka memukulkan tangannya pada paha-paha mereka (sebagai isyarat untuk diam). Tatkala mereka nampak diam tanpa bicara, maka aku pun diam. Setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam selesai solat, maka kudapati tak ada seorang pengajarpun yang lebih baik daripada beliau. Ayah ibuku sebagai jaminan, beliau tidak mengherdik, memukul atau mencelaku. Bahkan dengan sabar beliau katakan: “Kita sedang solat, padanya tidak boleh ada perkataan manusia. Sesungguhnya dalam sholat hanyalah untuk bertasbih, bertakbir dan bacaan al-Qur’an”.(Diriwayatkan oleh Muslim dalam shahihnya).

Sungguhpun demikian, bukan bermakna Rasulullah sallahua'laihiwassalam tidak pernah menunjukkan sikap tegas dan marah. Kadang-kala beliau pun bersikap tegas kepada para sahabatnya. Kadang kala seseorang itu perlu ditunjukkan dengan sifat lemah lembut kerana ia orang awam yang masih belum mengerti tentang hukum dan aturan agama sepertimana si badui tadi,atau mungkin baru memeluk islam. Namun kadang kala seseorang itu perli disikapi dengan sifat tegas bagi menasihatinya yang mungkin pada dirinya mempunyai keikhlasan dalam mencari kebenaran di dalam agama ini.

Sepertimana hadis yang dikisahkan oleh Jabir Radiyallahu ‘anhu bahwa Mu’az bin Jabal solat Isyak bersama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam. Setelah itu ia pulang ke kaumnya dan mengimami solat di sana. Ia pada rakaat pertama membaca surat al-Baqarah. Kemudian seseorang keluar dari solat tersebut dan melanjutkan solat sendirian. Orang-orangpun berkata: “Engkau munafik”? Ia menjawab: “Tidak! Demi Allah, aku akan adukan kepada Rasulullah.” Mereka datang dan mengadukannya kepada Nabi. Berkata si pemuda: “Ya Rasulullah, kami adalah orang yang bekerja seharian, sesungguhnya Mu’adz shalat isya bersama engkau, setelah itu ia mengimami kami dan membaca surat al-Baqarah padahal kami memmerlukan waktu istirahat”. Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam kemudian berpaling kepada Mu’adz seraya berkata:
"Ya Mu’adz, apakah kamu mau jadi tukang fitnah?! (Jika engkau mengimami) bacalah ini dan itu! (HR Bukhari dan Muslim)

Peristiwa di atas merupakan teguran keras dari Rasulullah sallahua'laihiwassalam. Apalagi bagi Mu'az bin Jabal yang terkenal mempunyai banyak keutamaan dan merupakan orang kepercayaan Rasulullah. Sehingga perkataan Rasulullah yang keras itu menusuk dalam sanubarinya, dan kemudian itu membawa kepada kesedaran atas kekeliruan yang dia perbuat. Muaz memang telah memberikan persaksian bagi kita bahawa beliau memang ikhlas dalam beramal yang meletakkan dirinya pada keadaan yang diredhai oleh Allah ta'ala.

Inilah sifat keperibadian yang ditunjukkan oleh Rasulullah di dalam berdakwah, kadang kala beliau bersifat lembut dan kadang kala bersifat tegas berdasarkan situasi dan keaadaan seseorang itu. Sifat keperibadian beliau inilah yang menarik ramai umat manusia untuk sama-sama menerima dan memikul tanggungjawab Risalah suci ini untuk menyebarkan ke setiap sudut yang ada. Oleh itu di dalam berdakwah harus ada sifat keperibadian Rasulullah sallahua'laihiwassalam agar berhikmah dalam berdakwah berdasarkan keaadaan,situasi dan orang yang hendak didakwahi itu.
wassalam

Monday, June 20, 2005

Kerajaan harus tolak program perintis jarum,kondom percuma!

kerajaaan harus menolak cadangan program perintis jarum dan kondom secara percuma tetapi sebaliknya mengutamakan langkah pencegahan dan menutup segala pintu yang mengarah kepada penagihan dadah dan maksiat.

Program perintis ini tidak akan membantu membendung gejala penagihan dadah dan juga amalan seks bebas yang berlaku di negara ini. Sebaliknya ia mengundangkan lagi peningkatan jumlah penagih dadah dan juga pengamal seks secara rambang. Walaupun program ini dikatakan dapat mengurangkan bilangan peskait HIV di negara ini namun sebaliknya akan menambahkan lagi bilangan mereka yang terjebak ke dalam penagihan najis dadah dan juga amalan seks bebas.

Lebih berat lagi apabila kos bagi menjalankan program perintis ini ditanggung sepenuhnya oleh dana rakyat (public funds) seperti pembayaran cukai pendapatan dan pelbagai bentuk cukai lain. Ini bermakna program perintis ini ditanggung sepenuhnya oleh rakyat di negara ini.Kaedah ini seterusnya menggalakkan gejala maksiat dan penzinaan dikalangan penagih dadah dan juga mereka yang mengamalkan seks secara rambang.

Walaupun dikatakan bahawa pengedaran kondom secara percuma kepada penagih dadah kononya telah berjaya dibeberapa buah negara namun ianya bertentangan dengan budaya dan masyarakat di negara ini. Apatah lagi kerajaan sedang rancak melaksanakan Islam hadhari secara menyeluruh. Ini kerana kes yang berlaku negara-negara tersebut adalah disebabkan oleh berlakunya seks bebas secara rambang. Oleh itu kami berpendirian bahawa program perintis yang dicadangkan oleh pihak kementerian kesihatan ini harus dikaji secara mendalam dengan mengambil kira pendapat-pendapat mereka yang tereaksi dengan isu ini, terutamanya para alim ulama di negara ini.

wallahua'lam

Siswazah Muda Abim

WALIMAH ANWAR ISMAIL AL-KUDSI DAN HUSNA, 11 JUN 2005, SABTU

Image hosted by Photobucket.com
masa dalam bas nak bertolak





Image hosted by Photobucket.com

Dirumah kuajib sebelum bertolak ke tempat kejadian



Image hosted by Photobucket.com

Kat Rumah Ku ajib



Image hosted by Photobucket.com
pasangannya semoga berbahagia ke akhir hayat





Image hosted by Photobucket.com

kawan-kawan

Memorandum ABIM Terhadap Cadangan Program Perintis (Pilot Programme) Kementerian Kesihatan Malaysia Untuk Mengurangkan Jangkitan HIV/AIDS di Malaysia

Image hosted by Photobucket.com


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) difahamkan menerusi media cetak dan elektronik bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia mengusulkan satu cadangan untuk melaksanakan program perintis bertujuan mengurangkan jangkitan HIV/AIDS di Malaysia.

Cadangan tersebut ialah mengagihkan secara percuma jarum suntikan, kondom dan sejenis dadah “methadone” untuk mengurangkan ketagihan dadah, kepada sejumlah 1,200 orang penagih dadah menerusi 10 klinik kerajaan dan 10 klinik swasta di empat (4) zon di Semenanjung Malaysia iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Timur., mulai Oktober 2005 nanti selama enam (6) bulan.

2. Media juga melaporkan bahawa seandainya program perintis ini berjaya, program ini akan dilaksanakan secara lebih menyeluruh. Cadangan ini dilaporkan media akan dibincangkan di mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan dan Rawatan Majlis Tindakan Membasmi Dadah yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri sendiri, sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jemaah Menteri. Pengumuman cadangan ini secara terbuka dikatakan bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas (feedback) dari masyarakat Malaysia.

3. Berdasarkan kepada fakta cadangan tersebut dan maklumbalas dari rakyat Malaysia pelbagai agama, budaya dan kaum, serta para pemimpin masyarakat, ABIM merasa bertanggungjawab untuk mengemukakan pendirian dan pandangannya seperti berikut:

a. Ada yang menganggap bahawa pengagihan kondom adalah langkah pragmatik kerana hakikatnya manusia akan terus melakukan amalan seks. Bagi mereka yang bersetuju dengan kaedah ini, pemberian kondom untuk menggalakkan seks rambang perlu dibezakan dengan pemberian kondom untuk mencegah wabak jangkitan HIV.

Pendirian ABIM: Kaedah ini akan hanya menggalakkan gejala maksiat dan perzinaan, khususnya di kalangan penagih dadah dan/atau pelaku seks yang tidak bernikah. Bagi mereka ini, sememangnya tidak ada perbezaan langsung sama ada pemberian kondom tersebut adalah untuk pencegahan HIV atau meningkatkan aktiviti perzinaan. Mereka akan tetap melakukan seks rambang; yang bezanya ialah kali ini mereka dibekalkan dengan kondom secara percuma dari sumbangan dana rakyat (public funds) seperti pembayaran cukai pendapatan dan pelbagai bentuk cukai lain. Statistik yang ada belum cukup kuat untuk membuktikan progam ini berjaya mengurangkan pesakit ini.

Kaedah ini akan hanya akhirnya membina sebuah masyarakat permisif, yang terpaksa berkompromi dan merelakan sesuatu kemungkaran atau keburukan untuk menjustifikasi sesuatu yang belum terbukti kebenaran dan keberkesanannya.

b.Ada juga yang mengatakan bahawa sudah ada kajian yang membuktikan penurunan jangkitan HIV di bandar-bandar yang melaksanakan program pengedaran jarum berbanding dengan bandar-bandar yang tidak melaksanakan program ini. Menurut pandangan ini lagi, pengedaran kondom di kalangan penagih dadah HIV positif dapat mengawal jangkitan HIV daripada merebak. Di antara negara-negara yang berjaya mengawal wabak HIV melalui pendekatan ini ialah Australia dan Thailand. Negara Iran dan Bangladesh juga dikatakan telah melaksanakan kaedah ini berdasarkan beberapa prinsip asas Islam seperti prinsip darurat yang terpaksa dilaksanakan dalam keadaan luar biasa di mana ratusan ribu insan terkorban. Turut dikemukakan bahawa 75% daripada mereka yang dijangkiti HIV (yang setakat ini melebihi 61,486 orang) ialah penagih dadah.

Pendirian ABIM: Kerajaan perlu mengenalpasti terlebih dahulu apakah punca utama merebaknya wabak HIV ini di negara kita. Sekiranya yang dijangkiti HIV itu majoritinya adalah penagih dadah, maka barangkali program perintis ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan dengan pemberian jarum suntikan terlebih dahulu secara terkawal, sepertimana yang diutarakan oleh Dato’ Dr Ismail Ibrahim, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan. Tetapi kaedah ini perlu dilaksanakan dengan menekankan aspek-aspek kaunseling, nasihat dan pendidikan kerana aspek-aspek ini lebih penting untuk keberkesanan jangka panjang.

c. Mereka yang mendokong cadangan ini menyatakan bahawa kaedah pengagihan kondom secara percuma telah berjaya di negara-negara luar, dan dengan demikian perlu ditiru pelaksanaannya di Malaysia.

Pendirian ABIM: Kaedah pengedaran kondom percuma kepada penagih dadah kononnya berjaya dilaksanakan di negara-negara luar kerana majoriti yang dijangkiti HIV/AIDS adalah mereka yang mengamalkan seks rambang. Tetapi gejala ini agak berlainan dengan keadaan dan budaya di negara kita. Hakikat ini juga telah diperakui oleh YB Datuk Noh Omar, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Meniru eksperimen sebegini di negara-negara lain secara semberono belum tentu dapat menjamin keberkesanannya.

d. Ada juga pandangan yang menggalakkan program terapi penggantian dadah dengan memberi sejenis dadah “methadone” yang dikatakan mampu mengurangkan ketagihan.

Pendirian ABIM: Kaedah ini akan hanya melanjutkan ketagihan dadah kerana yang berubah hanyalah jenis dadah. Tetapi ketagihan tetap akan berlaku. Secara logiknya, penagih dadah ini akan hanya mempelbagaikan ketagihan bahan-bahan lain seperti ketagihan menghidu gam, ubat batuk dan seumpamanya. Sesungguhnya kita tidak boleh memadamkan api dengan api (fighting fire with fire).

Yang turut menjadi isu di sini ialah dengan pengagihan jarum suntikan dan dadah “methadone” oleh Kerajaan. Apakah para penagih ini akan didakwa sekiranya ditangkap memiliki dadah? Apakah akan wujud apa yang disifatkan sebagai najis dadah yang haram atau najis dadah yang halal? Malah ABIM memandang berat kenyataan konvenor Malaysian Harm Reduction Working Group bahawa Akta Dadah Berbahaya 1952 (Dangerous Drugs Act 1952) perlu dipinda untuk membolehkan cadangan ini dilaksanakan. Ini merupakan satu lagi langkah berkompromi dan permisif terhadap gejala penyalahgunaan dadah. Lebih parah lagi sekiranya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) terpaksa melonggarkan usaha penangkapan penagih dadah. Akhirnya, hanya segelintir rakyat Malaysia yang menagih dadah mendapat manfaat penyalahgunaan dadah secara percuma tajaan negara, manakala rakyat terbanyak yang lain terpaksa menanggung bukan hanya risiko jangkitan HIV bahkan risiko terperangkap dalam gejala penyalahgunaan najis dadah halal.

e. Kementerian Kesihatan telah menganggarkan bahawa kos pelaksanaan cadangan kaedah ini adalah lebih kurang RM 145 juta (untuk 1,200 orang penagih dadah) setahun.

Pendirian ABIM: Sekiranya kaedah tersebut diperluaskan kepada 70,000 orang pengidap virus HIV, maka anggaran kos pelaksanaan kaedah ini adalah berjumlah RM 8.5 billion setahun. Ini tidak termasuk pelbagai kos lain yang berkaitan dengan langkah mencegah penyalahgunaan dadah seperti kos pembinaan lebih banyak pusat serenti, kos pengoperasian pusat serenti, kos penguatkuasaan dan penangkapan penagih dadah, kos mewujudkan pusat pengagihan jarum suntikan, kondom dan dadah “methadone” dan seumpamanya.

Jelas bahawa kos yang sebanyak itu bukanlah satu penjimatan dan pasti akan menjejaskan pengurusan kewangan Kerajaan. Akhirnya ialah kemungkinan Kerajaan terpaksa menimbang kenaikan cukai pendapatan dan pelbagai cukai lain atau mengorbankan projek-projek kemudahan kepada rakyat hanya untuk membiayai pelaksanaan eksperimen kaedah yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan ini.

4. Sehubungan ini, adalah dicadangkan bahawa langkah-langkah berikut dipertimbangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan dan Rawatan Majlis Tindakan Membasmi Dadah yang akan datang:

a. Ketiga-tiga kaedah yang dicadangkan ini merupakan kaedah yang kurang berkesan berbanding dengan kaedah yang telah jelas terbukti iaitulah perubatan terapeutik (therapeutic medicine) sepertimana yang berjaya dilaksanakan dengan berkesan oleh PEMADAM dan Pengasih.

Paling minima, ketiga-tiga kaedah yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan ini hanyalah penyelesaian second best kerana yang ditanganinya hanyalah gejala (symptoms) dan bukannya punca serta kesan ketagihan tersebut, yang sememangnya lebih bersifat jangka panjang.

b. Pemberian kondom sekiranya hendak dilaksanakan juga perlulah dikawal hanya kepada penghidap HIV yang telah berumahtangga untuk mengelak isterinya yang sah dari dijangkiti virus HIV. Pengagihan kondom kepada mereka yang sememangnya mengamalkan seks rambang akan menggalakkan lagi mereka melakukan hubungan sekd luar nikah. Bagi umat Islam, keinsafan dan kesedaran perlu dititikberatkan kepada para penghidap HIV kerana virus HIV merupakan satu musibah atau bala bagi sesetengah pihak yang enggan dan engkar di atas perlakuan mereka sendiri. Namun secara khusus bagi golongan isteri yang dijangkiti menerusi suami mereka, pemberian kondom mungkin boleh dibenarkan, dengan syarat bahawa rawatan kepada suami yang dijangkiti HIV itu dilakukan serentak.

5. Sesungguhnya rakyat tidak dapat diyakinkan bahawa kaedah-kaedah ini merupakan penyelesaian kepada krisis ketagihan dadah dan jangkitan wabak HIV. Meskipun kaedah-kaedah ini cuba dihujahkan sebagai langkah pencegahan, tetapi ternyata dari fakta cadangan tersebut, yang akan diagihkan jarum suntikan, kondom dan dadah gantian ini adalah di kalangan mereka yang telahpun dijangkiti HIV. Maka hujah “preventive is better than cure” sudah tidak lagi relevan. ABIM akur dengan pendirian majoriti rakyat yang tidak dapat menerima cadangan kaedah ini. Dalam pada itu, pandangan Timbalan Pengerusi PEMADAM bahawa cadangan kaedah ini telah terbukti tidak berkesan di banyak negara-negara lain perlu juga diambilkira.

7. Kita mendapati model yang telah dimulakan oleh Barat ini tidak pernah menampakkan kejayaan dan perubahan dalam masyarakatnya, apakah kita (rakyat Malaysia) akan boleh berubah berdasarkan kaedah mereka ?. Kita tidak perlu mengikut model Barat. Kita seharusnya mengajak rakayat mengelakkan tingkahlaku yang boleh membawa kepada epidemic tersebut. Adakah logik seseorang itu apabila semasa berkongsi jarum (disebabkan isi yang sama/jimat kos/dalam keadaan khayal) punyai kesempatan untuk menukar jarum tersebut ? Apakah dengan memakai kondom, menjamin 100% tidak berlaku jangkitan tersebut (disebabkan kebocoran dan tidak pandai menggunakannya)? Jangan sampai rakyat dapat merasakan bahawa kerajaan kini langsung tidak lagi mahu berfikir dan tidak dapat mempertahankan lagi nilai serta budaya, agama bangsa negara ini. Yang kita dapat akhirnya, isu dan kos semakin meningkat, cadangan yang merugikan umat khasnya umat Melayu Islam. Adalah lebih baik sekiranya pengalaman program pencegahan HIV-AIDS di Uganda yang telahpun diiktiraf oleh WHO keberkesanannya.

8. Yang sewajarnya menjadi langkah-langkah pencegahan (preventive measures) adalah penutupan “saluran-saluran” yang akan melorongkan mereka kepada jangkitan HIV (sama ada yang sudah dijangkiti mahupun yang berpotensi untuk dijangkiti). Kaedah ini memang dianjurkan oleh Islam dan disepakati oleh agama-agama lain di dunia. Di antara langkah-langkah pencegahan “saluran-saluran” tersebut ialah pembenterasan gejala maksiat di pelbagai peringkat masyarakat, gerak-gempur kepada sarang-sarang penagih dadah dan sarang maksiat, penyederhanaan program dan budaya hiburan yang semakin keterlaluan, dan seumpamanya. Di atas asas pertimbangan inilah juga barangkali cadangan Sahibus-Samahah Dato’ Seri Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak, agar mereka yang dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS dikuarantinkan agar kaedah pengubatan terhadap mereka ini boleh ditumpukan secara intensif dan jangkitan dapat dikawal, seperti mana yang telah Kerajaan laksanakan terhadap para pesakit tuberculosis (TB), Japanese Encephalitis (JE) dan kusta.

9. ABIM dengan ini memohon pertimbangan Jemaah Menteri untuk mengkaji semula kebijaksanaan dan keperluan cadangan ini. Janganlah terburu-buru melaksanakan sesuatu perkara sekadar untuk mempertahankan fakta yang tidak tepat. ABIM menggesa agar cadangan ini tidak dilaksanakan demi kebaikan umat seluruhnya. Dana yang diperuntukkan ini boleh dimanfaatkan untuk program-program perubatan ketagihan dadah yang sudah terbukti keberkesanannya dan pembelaaan kepada mereka yang telah terjebak dalam kancah pelacuran.


Sekian. Terima kasih.
Yang benar,bagi pihak Angkatan Belia Islam Malaysia
AZIZUDDIN AHMAD
Setiausaha Agung ABIM

Sunday, June 19, 2005

Asas Kebangkitan Dunia Islam

Image hosted by Photobucket.com

Posted by Mohd Nor Zaiman Che Mansor

Persoalan ini, telah diisyaratkan oleh Imam Malik rahimahullah dalam sebuah kalimat ma'tsur yang ditulis dengan tinta emas : "Barangsiapa mengada-adakan bid'ah di dalam Islam kemudian menganggap bid'ah itu baik, bererti ia telah menganggap Muhammad SAW mengkhianati risalah". Bacalah firman Allah Tabaraka wa Ta'ala.Ertinya :"Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-sempurnakan buatmu ni'mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu". (Al-Maaidah : 3).

Oleh kerananya apa yang hari itu bukan agama, maka hari ini-pun bukan agama, dan tidaklah akan baik umat akhir ini melainkan dengan apa yang telah baik pada awal umat ini".Kalimat terakhir (Imam Malik) di atas itulah yang berkaitan dengan jawapan dari pertanyaan ini, iaitu pernyataannya :

Dan tidaklah akan baik umat akhir ini melainkan dengan apa yang telah baik pada awal umat ini".Oleh sebab itu, sebagaimana halnya orang Arab Jahiliyah dahulu tidak menjadi baik keadaannya kecuali setelah datangnya Nabi mereka, Muhammad SAW dengan membawa wahyu dari langit, yang telah menyebabkan kehidupan mereka di dunia berbahagia dan selamat dalam kehidupan akhirat. Demikian pula dengan asas yang mesti dijadikan pijakan bagi kehidupan Islami nan membahagiakan di masa kini, yakni tiada lain hanyalah RUJUK (kembali) kepada Al-Kitab was Sunnah.

Hanya saja, masalahnya memerlukan sedikit penjelasan, sebab betapa banyak jama'ah serta golongan-golongan di "lapangan" mengaku bahwa mereka telah meletakkan sebuah manhaj yang memungkinkan dengannya terwujud masyarakat Islam dan terwujud pelaksanaan hukum berdasarkan Islam.Sementara itu kita mengetahui dari Al-Kitab dan Sunnah Rasulullah SAW, bahawa jalan bagi terwujudnya itu semua hanya ada satu jalan, iaitu sebagaimana yang disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam firmannya.

"Dan sesungguhnya (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya". (Al-An'am : 153).

Dan sungguh Rasulullah SAW, telah menjelaskan makna ayat ini kepada para shahabatnya. Beliau pada suatu hari menggambarkan kepada para shahabat sebuah garis lurus di atas tanah, disusul dengan menggambar garis-garis pendek yang banyak di sisi-sisi garis lurus tadi.Kemudian beliau SAW membacakan ayat di atas ketika menudingkan jari tangannya yang mulia ke atas garis yang lurus dan kemudian menunjuk garis-garis yang terdapat pada sisi-sisinya, beliau bersabda:

"Ini adalah jalan Allah, sedangkan jalan-jalan ini, pada setiap muara jalan-jalan tersebut ada syaitan yang menyeru kepadanya".(Shahih sebagaimana terdapat di dalam "Zhilalul Jannah fi takhrij As-Sunnah : 16-17).Allah 'Azza wa Jalla-pun menguatkan ayat beserta penjelasannya dari Rasulullah SAW dalam hadits di atas, dengan ayat lain, yaitu firman-Nya.

"Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas petunjuk (kebenaran) baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin. Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-seburuk tempat kembali". (An-Nisaa : 115)

Dalam ayat ini terdapat sebuah hikmah yang tegas, yakni bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala mengikatkan "jalannya orang-orang mukmin" kepada apa yang telah di bawa oleh Rasulullah SAW. Hal inilah yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadits iftiraq (perpecahan) ketika beliau ditanya tentang Al-Firqah An Najiyah (golongan yang selamat), saat itu beliau menjawab :

"(iaitu) apa yang aku dan shahabatku hari ini ada di atasnya"(lihat As-Silsilah Ash-Shahihah : 203)Apakah gerangan hikmah yang di maksud ketika Allah menyebutkan "Jalannya orang-orang mukmin (Sabiilul mukminin)" dalam ayat tersebut.? Dan apakah kiranya hal yang dimaksud ketika Rasulullah SAW mengikatkan para shahabatnya kepada diri beliau sendiri dalam hadits di muka .? Jawapannya, bahawa para shahabat radliyallahu anhum itu adalah orang-orang yang telah menerima pelajaran dua wahyu (Al-Qur'an dan As-Sunnah) langsung dari Rasulullah SAW, beliau telah menjelaskannya langsung kepada mereka tanpa perantara, tidak sebagaimana keadaan orang-orang yang sesudahnya.Tentu saja hasilnya adalah seperti yang pernah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya :

"Sesungguhnya orang yang hadir akan dapat melihat sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh orang yang tidak hadir"(Lihat Shahih Al-Jami' : 1641).Oleh sebab itulah, iman para shahabat terdahulu lebih kuat daripada orang-orang yang datang sesudahnya. Ini pula telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadits mutawatir :

"Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya, kemudian orang-orang yang sesudahnya lagi".(Muttafaq 'alaihi).Berdasarkan hal ini, seorang muslim tidak boleh berdiri sendiri dalam memahami Al-Kitab dan As-Sunnah, tetapi ia harus meminta bantuan dalam memahami keduanya dengan kembali kepada para shahabat Nabi yang Mulia, orang-orang yang telah menerima pelajaran tentang keduanya langsung dari Rasulullah SAW yang terkadang menjelaskannya dengan perkataan, terkadang dengan perbuatan dan terkadang dengan taqrir (persetujuan) beliau.Jika demikian, adalah mendesak sekali dalam "mengajak orang kembali kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah" untuk menambahkan prinsip "berjalan di atas apa yang ditempuh oleh AS-SALAFU AS-SHALIH" dalam rangka mengamalkan ayat-ayat serta hadits-hadits yang telah disebutkan di muka, manakala Allah menyebutkan

"Jalannya orang-orang mukmin (sabilul mu'minin)", dan menyebutkan Nabi-Nya yang mulia serta para shahabatnya dengan maksud supaya memahami Al-Kitab was Sunnah sesuai dengan apa yang dipahami oleh KAUM SALAF generasi pertama dari kalangan shahabat radliyallahu anhum dan orang-orang yang mengikuti mereka secara ihsan.

Kemudian, dalam hal ini ada satu persoalan yang teramat penting namun dilupakan oleh banyak kalangan jama'ah serta hizb-hizb Islam. Persoalan itu ialah : "Jalan mana gerangan yang dapat digunakan untuk mengetahui apa yang ditempuh oleh para shahabat dalam memahami dan melaksanakan sunnah ini ..?".Jawapannya :

"Tiada jalan lain untuk menuju pemahaman itu kecuali harus RUJUK (kembali) kepada Ilmu Hadits, Ilmu Mushtalah Hadits, Ilmu Al-jarh wa At-Ta'dil dan mengamalkan kaedah-kaedah serta musthalah-musthalah-nya tersebut, sehingga para ulama dapat dengan mantap mengetahui mana yang shahih dari Nabi SAW dan mana yang tidak shahih".

Sebagai penutup jawapan, kita boleh mengatakan dengan bahasa yang lebih jelas kepada kaum muslimin yang betul-betul ingin kembali mendapatkan 'IZZAH (kehormatan), kejayaan dan hukum bagi Islam, iaitu kita harus boleh merealisasikan dua perkara :

Pertama :Kita harus mengembalikan syari'at Islam ke dalam benak-benak kaum muslimin dalam keadaan bersih dari segenap unsur yang menyusup ke dalamnya, apa yang sebenarnya bukan berasal daripadanya, ketika Allah Tabaraka wa Ta'ala menurunkan firmannya :"Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-sempurnakan ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu" (Al-Maaidah : 3).

Kedua :Kerja keras yang terus menerus tanpa henti ini harus didasari dengan ilmu yang telah terbersihkan itu.Pada hari kaum muslimin telah kembali memahami dien mereka sebagaimana yang dipahami para shahabat Rasulullah SAW, kemudian melaksanakan pengamalan ajaran Islam yang telah terbersihkan ini secara benar dalam semua segi kehidupan, maka pada hari itulah kaum mu'minin dapat bergembira merasakan kemenangan yang datangnya dari Allah.

Kita memohon kepada Allah agar Dia memberikan taufiq kepada kita supaya dapat mengamalkan yang demikian itu, sesungguhnya Dia SAMI' (Maha Mendengar) lagi MUJIB (Maha Mengabulkan Do'a).

Wallahu 'alam.

Friday, June 17, 2005

Rombongan Perkahwinan..!

assalamua'laikum....,

Alhamdulillah pada sabtu yang lepas (11 Jun 2005) ahli2 SISMA telah mengadakan satu rombongan perkahwinan salah satu pasangan ahli SISMA iaiti saudara Anuar dan saudari Husna. Mereka telah diijabkabulkan pada malam sebelum itu dengan selamatnya, alhamdulillah sykur pada Allah Ta'la....semoga bahagia ke anak cucu dan dapat melahirkan kaderisasi2 yang ramai insyaAllah...!
wassalam

ISLAM LIBERAL, ISLAM TANWIRI, ISLAM HADHARI, ISLAM PROGRESIF

Oleh: Mohd Hilmi Ramli


Image hosted by Photobucket.com

"Eh, berapa banyak Islam daa..." mungkin begitulah kata- kata Aziz Satar jika beliau masih dibenarkan berlakon lagi dalam filem Bujang Lapok Millenium. Mungkin ada di kalangan kita yang tertanya- tanya, mengapa sejak akhir- akhir ini semakin banyak trend untuk membangkitan kesedaran tentang Islam dengan membawa Islam versi masing- masing. Ada yang ingin membawa Islam yang bertamadun, ada yang ingin membawa Islam yang progresif, ada yang membawa Islam 'enlightement' dan segala macam lagi. Persoalannya mengapa ini boleh berlaku? Dan siapa aktor- aktornya? Dan apa tujuan murni mereka?


Bukankah ini satu kekeliruan yang nyata. Apakan tidak nyata, bagaimana boleh kita membenarkan Islam mempunyai bermacam- macam wajah seperti itu. Islam yang perlu kita fahami ialah Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, yang disampaikan melaluinya Al-Quran dan Hadis. Islam sebagai sebuah agama dan nama sebuah agama mempunyai ciri- ciri khas yang membezakan dengan agama yang lain. Islam sahajalah yang dikitiraf sebagai agama wahyu yang akan terpelihara oleh Allah swt sehingga hari kiamat. Ini berdasarkan dalil A-Quran," Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Zikra (AL-Quran) dan kamilah yang akan menjaganya".

Justeru, kita pada zaman ini boleh jumpa macam- macam Islam yang kita ibaratkan; sebuah pasar malam yang menjual minyak atar dengan nama- nama yang sedap dan malah menggairahkan seperti Malaikat Subuh, Bidadari, Limau, Cenkudu, Kabur Barus dan sebagainya. Kepelbagaian ini membuatkan pelanggan rambang mata dan mempunyai minat yang tersendiri. Mana yang wangi dan sedap akan dipilihnya, manakala mana yang bau tidak sedap ditinggalkannya.
Dalam konteks pelbagai jenama 'Islam' yang berlaku hari ini, ianya adalah respon daripada umat Islam yang lemah dalam menghayati agama Islam dan sekaligus membuka ruang kepada musuh untuk memburukkan dan merosakkan agama Islam itu sendiri. Musuh- musuh Islam bukanlah susah hendak kita kenali, bukankah ketika zaman Nabi SAW sendiri wujud kelompok munafik, kafir, murtad dan Yahudi. Cumanya mereka ini bergerak perlahan kerana ketika itu umat Islam mempunyai kekuatan yang menggerunkan dari segi tahap keimanan, ketenteraan, ilmu dan sebagainya.

Akan tetapi hari ini sudah terbalik. Umat Islamlah yang paling mudah dilanyak- lanyak dan dipermain- mainkan. Dalam konteks kelemahan umat Islam hari ini, muncul beberapa gerakan yang ingin mengkucar- kacirkan lagi kemelut yang melanda umat Islam, iaitu dari segi serangan pemikiran. Sebagai contoh, slogan Islam Liberal, Islam Tanwiri dan sebagainya mempunyai kesan yang menggelirukan umat Islam. Slogan yang ingin memurnikan ajaran Islam ini dengan membawa konsep- konsep sekularasasi dan liberalisasi dari luar sebenaranya terpengaruh dengan sejarah agama Kristian yang menjadi mangsa sekular dan liberal.

Sejarah Islam dengan agama- agama lain adalah tidak sama. Kristian memang telah berlaku korupsi yang paling buruk dalam sejarah agama- agama di dunia. Sikap gereja yang anti ilmu, mengongkong masyarakat daripada membuat keputusan dan menjual sijil- sijil penebusan dosa menjadikan satu respon reformasi yang dianjurkan oleh Martin Luther King. Beliau mempunyai sebab yang kukuh untuk menentang gereja. kerana gereja bukan setakat mengongkong manusia, akan tetapi juga melanggar hak asasi manusia apabila melarang individu untuk menuntut ilmu. Sejarah ini membantu lahirnya kelompok pemikir seperti Kant, Hobes, Locke dan sebagainya untuk menentang ajaran gereja dan mengangkat martabat akal setinggi- tingginya. Kemudian, berlaku perubahan drastik yang menyebabkan sains dan teknologi semakin pesat berkembang akibat memaksimumkan akal dengan sepuas- puasnya. Ketika inilah juga menandakan 'The Death of God', merujuk kepada karya Friedrick Nietzche, apabila beliau melahirkan rasa pasrah kerana Tuhan mereka (rujuk kepada agama Kristian) tidak dapat melawan kekuatan akal manusia yang dianggap 'The Most Absolute Creation' dalam kehidupan manusia.

Sehingga hari ini, idea sekular dan liberal masih mengakar kuat dalam agama Kristian. Oleh itu, jika kita telusuri gerakan Islam Liberal misalnya, mereka membawa tema dekonstruksi syariat Islam seperti mana yang pernah berlaku dalam agama Kristian. Islam Liberal, yang berpusat di Utan Kayu, Indonesia cuba untuk merungkaikan syariat Islam dalam jasad umat Islam. Malah mereka ingin membenarkan pentafsiran Al-Quran secara terbuka tanpa mengira dia ulama, pak cik kebun, pelajar, kerani atau sebagainya. Gerakan ini yang bernaung bawah Jaringan Islam Liberal mebdapat tajaan penuh oleh Asia Foundation, sebuah syarikat milik Yahudi dan mempunyai kekuatan media yang cukup besar. Mereka mempunyai siaran TV sendiri yang dinamakan 'Islam Warna-Warni', buku dan artikel yang banyak di samping sokongan ahli politik dan kiyai yang berpengaruh di Indonesia.

Ulil Absar adalah ketua mereka, yang mendapat pendidikan Barat secara total, termasuk beberapa ahli mereka yang seramai 5-6 orang. Justeru apa yang kita harapkan daripada mereka ini untuk memurnikan ajaran Islam? Apakah golongan ini yang mampu membawa peubahan dalam dunia umat Islam hari ini dengan melaung slogan Islam Liberal?
Manakala dalam sudut yang lain muncul suara untuk mencerahkan Islam dengan membawa tema Islam Tanwiri atau Islam 'Enlightement'. Mereka ini terpengaruh dengan revolusi akal yang membawa perubahan drastik dalam pemikiran orang Barat. Malah mereka cuba ingin menyamakan sejarah agama Islam dengan agama Kristian.

Islam tidak pernah berlaku seperti Kristian yang memungkinkan wujud golongan Protestan yang menentang pihak gereja kerana anti ilmu. Islam tidak mempunyai ulama murni seperti Imam Al-Ghazali, Ibn Rushd, Ad-Dihlawi yang anti ilmu. Malah ulama- ulama Islam tidak pernah menyembunyikan kebenaran seperti yang berlaku di kalangan paderi Kristian. Islam juga mempunyai faham Tauhid yang kukuh yang mustahil untuk diruntuhkan. Ini berbeza dengan Kristian yang mempunyai faham Trinity yang mengundang pelbagai masalah sehingga melahirkan banyak mazhab Tauhid, seperti Katolik, Protestan, Anglican dan sebagainya. Dalam Islam wujud pelbagai mazhab, akan tetapi dalam masalah Fiqh atau ibadat bukan masalah Ketuhanan. Tuhan bagi umat Islam seluruhnya sama ada Sunni, Syiah, Muktazilah dan lain- lain ialah masih Allah swt.

Justeru klaim bahawa pencerahan akal seperti yang berlaku di Barat perlu diimport ke dalam dunia Islam adalah kekeliruan yang nyata. Akibat dari kekeliruan inilah lahirnya pelbagai usaha untuk memversikan Islam mengikut nafsu masing- masing.

Sheikh Yusof Qardawi dalam memberi respon pelbagai versi Islam ini ialah, jika wujudnya Islam versi Taliban, Islam versi Progresif, Islam versi Malaysia, Islam versi Al-Farabi sebenarnya menunjukkan akan kelemahan Allah itu sendiri. Malah pelbagai nama ini menjadikan umat semakin keliru kerana rupa- rupanya Islam ada banyak pilihan. Jika Islam versi si-pulan yang sesuai dengan selera kita, itu yang kita ikut. Manakala jika tidak sesuai, awal- awal lagi kita sudah tolak.

Islam menurut beliau ialah satu- satunya agama Tuhan dari wahyu yang masih kekal sehingga hari kiamat. Islam yang sebenar ialah Islam yang mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi saw tanpa ada penambahan dan pengurangan. Islam merupakan satu subjek, sudah semestinya bersifat tamadun, cerah, murni dan lengkap. Jika berlaku sebarang perubahan yang tiada dibenarkan oleh Al-Quran dan Hadis Nabi saw, maka itu adalah bid'aah yang nyata sesat.

Justeru, usaha untuk memperbaiki kondisi umat Islam amat digalakkan. Akan tetapi menggunakan pelbagai nama yang semakin menggelirukan bukanlah jalan yang terbaik. Malah Islam sebagai satu agama yang syumul dan terpelihara bukanlah yang perlu dirombak, akan tetapi pemahaman umat Islam itu tentang Islam yang perlu dirombak. Bukankah jika berlaku kemalangan, yang perlu dipersalahkan dan dibayar denda ialah pemandunya, bukan keretanya. It's not the case of Islam, but the Muslim itself


http;/hilmimadani.blogspot.com

Islam Yang Satu!

Image hosted by Photobucket.com

"Kita tidak perlu menunggu perlu adanya hubungan baru di antara langit dan bumi demi membersihkan risalah suci ini yang sudah dikotori oleh syirik, kesesatan dan kerosakan. kita juga tidak perlu menunggu-nunggu adanya Nabi baru yang akan membawa risalah baru setelah datangnya Nabi dan Rasul pembawa agama suci ini. Kita juga tidak mengharapkan adanya Al-Quran baru yang akan membimbing umat manusia yang sedang kebingungan ke arah mana jalan dan hidayat. ini kerana, kita sudah ada kitab suci dari Allah ta'ala yang menjamin pengikutnya tidak sesat dan telah pula menetap syariat yang menjamin perlaksanaanya tidak tercela".

Sahabat-sahabatku!

Image hosted by Photobucket.com

sahabat-sahabat seperjuangan!

Kenali SISMA

SISMA merupakan nama singkatan kepada badan siswazah muda ABIM.Ia ditubuhkan dan dirasmikan pada 26 februari 2005 bertempat di Anjung Rahmat sempena Muktamar Tahunan PKPIM kampus. Badan dakwah ini ditubuhkan atas inisiatif pelajar-pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan ahli-ahli PKPIM dan juga bekas pimpinan PKPIM kampus. SISMA ditubuhkan demi meneruskan perjuangan demi menegakkan keadilan dan kebenaran serta menjadi penonggak kepada kebangkitan Islam, insyaAllah. Ia juga menjadi kesinambungan di dalam melahirkan bakal-bakal kepimpinan muda di dalam pelbagai bidang demi mencapai matlamat pembentukan khayra ummah. Melihatkan akan senario semasa yang amat memerlukan kepada pembinaan jati diri peribadi muslim dan ummah yang membutuhkan kepada gerakan dakwah dan tarbiyyah maka di atas inisiatif inilah SISMA telah ditubuhkan demi mencapai matlamat tersebut.
Berdirinya SISMA adalah berdasrkan dasar-dasar berikut:
*Menghayati budaya ilmu
*Menghayati amalan kerohanian yang bertepatan dengan Al-quran dan As-sunnah Nabi
Sallahua'laihiwassalam
*Menghayati amalan syura dan amal jama'iyy
*Memahami dan melibatkan diri dalam isu semasa
*Menghayati ruhul jihad fi sabillahi ta'ala
*Mendokong perjuangan Rasulullah sallahua'laihi wassalam dan para sahabat dengan
mempelajari,memahami dan memperjuangkan kesucian dan kemurnian al-quran dan as-
sunnah yang dithabitkan kepada Nabi sallahua'laihiwassalam........!
WASSALAM...!

"Salam Perjuangan"

assalamua'laikum......

Sahabat-sahabat sekalian, kejadian dan rangkaian di antara langit dan bumi terbina dan terjalin demi menunaikan risalah suci dari Allah ta'ala disaat memerlukan hidayat dan petunjuk demi untuk segenap umat manusia.Hukum dan peraturan alam yang tiada berubah,oleh kejadian tersebut ditembus menurut jalan yang ditentukan oleh Allah ta'ala.tidak ada sebab sesuatu di dalam semesta ini yang terjadi tanpa melalui sebab dan tanpa tujuan atau maksud.
Kelahiran islam, peristiwa besar yang pernah disaksikan oleh dunia tidak boleh tidak pasti mempunyai sebab-sebab yang menjadi pendorongnya, pasti mempunyai matlamat yang telah digariskan oleh Allah ta'ala dan sudah pastilah mempunyai tujuan yang harus dipersiap sediakan dan sentiasa dinanti-nantikan. Allah ta'ala telah menyempurna-kan risalah suci-Nya kepada umat manusia dengan islam. Perutusan Nabi Muhammad sallahua'laihiwassalam sebagai pesuruh-Nya melengkapkan lagi kesempurnaan terhadap risalah ini.
Kita tidak perlu menunggu perlu adanya hubungan baru di antara langit dan bumi demi membersihkan risalah suci ini yang sudah dikotori oleh syirik, kesesatan dan kerosakan. kita juga tidak perlu menunggu-nunggu adanya Nabi baru yang akan membawa risalah baru setelah datangnya Nabi dan Rasul pembawa agama suci ini. Kita juga tidak mengharapkan adanya Al-Quran baru yang akan membimbing umat manusia yang sedang kebingungan ke arah mana jalan dan hidayat. ini kerana, kita sudah ada kitab suci dari Allah ta'ala yang menjamin pengikutnya tidak sesat dan telah pula menetap syariat yang menjamin perlaksanaanya tidak tercela.
Apa yang harus kita perbuat dewasa ini ialah, kita bersama seluruh dunia harus keluar meninggalkan kejahiliyahan yang sedang mengepung kita dari segala jurusan. iaitu dengan jalan mengembalikan kepercayaan kepada agama kita, sehingga kembali menjadi dasar kehidupan kita di segala bidang. Kita tidak dapat meminta orang lain supaya mempercayai kebenaran agama kita, selama mana kita sendiri belum benar-benar mempercayai kesempurnaannya terlebih dahulu. Sebab keimanan hanya dapat disebarluaskan dengan teladan yang kita berikan kepada semua orang.
Oleh sebab itu sahabat-sahabat sekalian, di atas dasar tuntutan kepada dakwah islamiyyah ini marilah sama-sama memperkukuhkan kekuatan daan persaudaraan yang ada ini, demi memastikan akan kesinambungan dan perlaksanaan kepada kesempurnaan risalah yang suci ini, demi memastikan risalah ini akan terus tersebar luas. wallahua'lam.
wassalam......
Mohd Nor Zaiman Che Mansor


Image hosting by Photobucket
::Siswazah Muda Abim (SISMA)::

Pengenalan


"SISMA @ Siswazah Muda ABIM ditubuhkan pada 26 Februari 2005. Badan dakwah ini ditubuhkan atas inisiatif pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan ahli PKPIM dan bekas pimpinan PKPIM kampus.Badan ini ditubuhkan di atas nama pelajar-pelajar islam di dalam meneruskan pejuangan menegakkan keadilan dan kebenaran serta menjadi penongak kepada kebangkitan Islam"

Menggamit Memori


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Last posts

Blog Ahli SISMA

Jaringan

Nasyid


- SELAMAT BERJUANG -
Wahai Sahabat-sahabat SISMA

Sembang