Sunday, July 31, 2005

Mahasiswa Menggugat!

Pilihan Raya Kampus: Antara Nilai Dan Kuasa

Pilihanraya kampus satu fenomena untuk mahasiswa-mahasiswi


Mohd Nor Zaiman Mansor

Pilihanraya kampus adalah satu fenomena penting bagi mahasiswa-mahasiswi yang bergerak aktif di setiap kampus. Kepentingannya akan dimanfaatkan oleh mereka yang berkepentingan di dalam menegakkan idealisma perjuangan masing-masing. Sudah tidak dapat dinafikan lagi keterlibatan mahasiswa-mahasiswi di dalam pilihanraya ini adalah mereka yang terdidik dengan idealisma yang mempunyai agenda tersendiri.

Kepelbagaian fikrah yang pastinya akan membahagi-bahagikan kelompok dikalangan mahasiswa-mahasiswi ini berdasarkan hala tuju perjuangan masing-masing. Namun ia tidak menghalang matlamat mereka yang satu yaitu memenangi pilihan raya tersebut. Bagi mereka yang sudah berpengalaman dengan pilihan raya kampus ini sudah pastilah dapat melihat akan senario krisis pertembungan antara nilai dan kuasa.Kadangkala di dalam keghairahan untuk memenangi pilihanraya terpaksa mengorbankan nilai prinsip idealisma perjuangan.Kadangkala juga dek kerana melihat kekuasaan suatu kepentingan yang utama pentarbiyahan nilai dakwah juga terpaksa dikorbankan.Matlamat untuk memenangi pilihan raya juga kadang kala bercampur dengn yang hak dan bathil.

Seharusnya mahasiswa-mahasiswi mestilah mengambil langkah yang berhati-hati di dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Apatah lagi apabila perjuangan itu didasari oleh dakwah islamiyyah yang tulen.Di dalam keterlibatan dalam pilihanraya kampus ini nilai prinsip dan kekuasaan haruslah dilihat sebagai rangkaian yang selari yang juga didasari oleh dakwah islamiyyah yang kuat. Mestilah juga berkonsepkan amar-ma'ruf nahi munkar yang sudah pastilah sentiasa istiqomah. Janganlah menjadikan pilihan raya ini sebagai pentas untuk menunjukkan kekuasaan yang didasari oleh keangkuhan dan kesombingan yang tidak ada nilainya.

wallahua'lam

Wednesday, July 27, 2005

Bedah Buku 1

Image hosted by Photobucket.com

Towards Understanding Tauheed – Reflections on Islamic Monotheism
Author: Muhammad Ahmad.Published: (01-Jan-95)Pages: 62pp (Paperback)


Description
It is a sad fact that the masses of ignorant Muslims do not know the real meaning of ‘ibaadah (worship); they address their worship (unknowingly) to other than Allaah, thereby committing a kind of shirk (associating partners with Allaah), which would drive a person right out of Islaam.
They turn in awe and submission to the graves of Prophets and righteous people, invoking them, seeking their help, making vows and offering sacrifices to them.

Having realised with great dismay that forms of greater shirk (polytheism) are rife throughout the Muslim World, the author has written this book on tauheed (monotheism) in the hope that it will guide those who have gone astray and bring them out of the darkness of shirk into the light of tauheed.

Monday, July 18, 2005

Isu Pendidikan!

Meritokrasi: Apa langkah Kerajaan Seterusnya?

Image hosted by Photobucket.com
Dato ' Shafie Salleh
Menteri Pengajian Tinggi

Apabila sistem kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA berdasarkan merit diperkenalkan 2 tahun lalu,pelbagai pihak cuba bangkit menyuarakan agar pihak kerajaan menilai kembali sama ada sistem ini wajar atau tidak untuk dilaksanakan. Namun pihak kerajaan mengambil langkah melaksanakan sistem ini dengan alasan pelajar-pelajar Melayu harus berdiri di atas kaki sendiri dengan bersaing dengan pelajar-pelajar bukan Melayu. Maka sistem ini telah dilaksanakan, semua pelajar-pelajar yang masuk ke institusi pengajian tinggi akan dinilai berdasarkan prestasi pelajaran mereka.

Namun isu ini hangat diperkatakan semula apabila baru-baru ini kita digemparkan dengan satu kajian yang menunjukkan bahawa beribu-ribu pelajar Melayu gagal melanjutkan pelajaran mereka kerana gagal memenuhi syarat kemasukan ke universiti awam tahun lalu.Seramai 120.000 orang pelajar melayu ataupun 65 peratus daripada mereka yang lulus peperiksaan sekolah menegah tahun lepas gagal mendapat tempat di mana-mana institut pengajian tinggi awam.

Pelbagai pihak cuba membangkitkan semula agar pihak kerajaan menilai semula dan berharap agar sistem meritokrasi ini dikaji semula.Ini kerana,keciciran ini berlaku terhadap pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.Baru-baru ini kita dapat melihat perkara ini juga dinyatakan oleh pemimpin dalam kerajaan sendiri agar sistem ini di kaji semula.

Namun kita dapat melihat reaksi daripada pihak kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar yang gagal mendapat tempat di universiti tempatan akan disalurkan ke tempat lain.Kerajaan telah mengarahkan agar kementerian pengajian tinggi supaya pelajar-pelajar yang tercicir ini akan dimasukkan ke kursus diploma dan vokasional.Seharusnya langkah ini perlu dilaksanakan dengan mengambil kira pendapat dan pandangan daripada pihak lain.Ini kerana, perkara ini juga akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapat tempat di universiti walaupun mempunyai keputusan yang baik.

Kerajaan juga harus serius menangani isu ini agar pelajar-pelajar melayu dapat merasakan bahawa mereka masih lagi mempunyai tempat bagi melanjutkan pelajaran mereka agar tidak tercicir dari segi pendidikan.Pihak yang berwajib yang mendokong perjuangan bangsa melayu ini juga harus bersikap terkehadapan bagi membela anak bangsa agar tidak tercicir daripada pendidikan.

Kita menyahut dan memahami hasrat kerajaan melaksanakan sistem ini adalah untuk mengalakkan anak bangsa agar terus berusaha dan mempertingkatklan diri agar cemerlang dari segi pendidikan.Namun janganlah sampai sistem ini mengabaikan terus keprihatinan pihak kerajaan terhadap pendidikan anak bangsa sendiri,kerana ini juga sebahagian tanggungjawab kerajaan.Oleh itu pihak kerajaan harus berbincang dengan pelbagai pihak yang membangkitkan isu ini agar kata sepakat dapat dicapai di dalam membela pendidikan anak bangsa.
wallahua'lam

Friday, July 15, 2005

Mahasiswa: Pro-Kerajaan vs Pro-Pembangkang

Pertembungan antara Pro-Kerajaan dengan Pro-Pembangkang:Malaysia Sukar Berubah

Image hosted by Photobucket.com

Ke mana hilangkah agenda perjuangan ini?

Melihatkan senario perkembangan mahasiswa-mahasiswa di seluruh negara sudah pastilah kita dapat melihat pertembungan yang hebat di antara mahasiswa pro-pembangkang dan pro-kerajaan. walaupun ramai di antara mereka-mereka ini menafikan kepentingan mereka terhadap jenama-jenama ini tetapi secara realitinya adalah benar.

Kita perlu mengakui bahawa pertembungan antara kelompok ini berlaku adalah kerana kecenderungan mereka terhadap parti-parti politik yang sedang merebut tempat di dalam pemerintahan negara.Pertembungan yang berlaku di antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang amat menyamai pertembungan yang berlaku di antara kelompok mahasiswa ini. Perebutan kuasa,nilai mahupun merebut tempat bagi siapa yang benar dan siapa yang salah hebat berlaku di dalam arus politik negara. Dan ianya semakin menular dan hebat mempengaruhi kelompok mahasiswa-mahasiswa di semua tempat.


Ketidaksatuan di antara orang Melayu yang berlaku di dalam arus politik perdana ini mengundang kepada perpecahan di kalangan umat yang amat dibimbangi untuk masa hadapan.Tugas amanah kepada pemimpin untuk menyatu padukan seluruh umat tidak dapat dilakukan kerana pertembungan yang berlaku berdasarkan aliran yang berbeza.Harapan untuk melihat kesatuan ini agar dapat direalisasikan hanya dapat disandarkan kepada generasi pelapis yang akan mewarisi takhta pemerintahan negara.




Mahasiswa hebat berdemonstrasi meluahkan ketidakpuasan hati mereka


Maka sudah pastilah harapan ini disandarkan kepada mereka yang sudah bergelut dengan pelbagai situasi dan kondisi seperti mahasiswa-mahasiswa dipelbagai peringkat. Akan tetapi sekira inilah yng berlaku pertembungan di antara kelompok-kelompok mahasiswa, maka sudah pastilah harapan yang dinyatakan tadi sukar untuk direalisasikan. Pendek kata Malaysia dulu,kini dan mungkin selamanya tidak akan berubah.

Oleh itu kepada mereka yang mendokong akan perjuangan "jenama" itu harus berubah. Apa salahnya untuk sekiranya kita menepikan pelbagai bentuk unsur-unsur untuk memecah belahkan perpaduan umat ini agar dapat kita sama-sama membina,melahirkan serta mencorak keadaan dan kondisi di masa hadapan demi kepentingan umat keseluruhannya. Apakah kita tidak mahu melihat kekuatan yang akan dilahirkan di atas sebab perpaduan ini dapat mencetus satu revolusi baru yang akan memberi manfaat kepada kita dan seluruh umat islam amnya? maka fikir-fikirkanlah....!

Thursday, July 14, 2005

Hiburan Melampau:Kebimbangan Terhadap Generasi Muda

Image hosted by Photobucket.com

Antara program kegemaran anak muda masa kini

Ramai yang menyatakan bahawa hiburan tidak salah di sisi islam. Dan memang kita akui bahawa islam bukan anti kepada hiburan kalau kena caranya.Tetapi apakah hiburan yang ada sekarang ini mengikuti cara yang dibenarkan dalam islam.Kita menyatakan bahawa hiburan yang ada sekarang ini terlalu melampau.

Kebimbangan kita terhadap anak-anak muda sekarang ini begitu meruncing gara-gara hiburan ini. Bahkan ianya bukan sahaja menular dikalangan anak-anak muda sahaja tetapi turut terlibat juga bapa dan ibu kepada anak-anak muda ini.Kalau dahulu ibu bapa bangga terhadap anaknya apabila keluar daripada institusi pengajian tinggi,tetapi sekarang ini mereka terlalu bangga apabila anak-anak mereka keluar sebagai penyanyi mahupun penghibur diluar sana.Tengok sahaja realiti yang ada sekarang ini,pelbagai bentuk hiburan yang dijadikan sandaran kepada anak-anak muda.

Image hosted by Photobucket.com

mengikut syariatkah hiburan yang sebegini?

Kesungguhan kita terhadap pembinaan generasi muslim yang kuat terencat gara-gara bentuk hiburan ini. Keimanan dan ketakwaan mudah direnggut gara-gara bentuk hiburan ini yang boleh menjadi agen kepada kerosakan akhlak remaja kini.Semua pihak harus mengambil berat akan situasi ini.Bagaimanakah kita ingin melahirkan mereka-mereka yang akan menjadi pencorak kepada agama,negara dan bangsa ini sekiranya situasi ini tidak dirubah.

Bagaimana mungkin kita ingin merealisasikan perjalanan islam hadhari dengan terbaik sekiranya tidakdisekat agen-agen perosak akhlak ini. Dan bagaimana mungkin kita ingin melahirkan generasi cemerlang,gemilang dan terbilang andainya unsur-unsur ini sudah melekat di dalam sanubari anak-anak muda kini?
wallahua'lam

Monday, July 11, 2005

ABIM Mengutuk Serangan di London Dan Meminta Kerajaan Britain Berlaku Adil Dalam Penyiasatan

Image hosted by Photobucket.com



ABIM mengutuk tindakan letupan yang berlaku di Bandaraya London pada 7 Julai baru-baru ini, yang telah mengakibatkan kematian lebih 30 orang dan mencederakan ratusan penduduk di London. Perbuatan ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral serta ditegah dalam setiap agama dan budaya yang bertamadun. ABIM ingin menyatakan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.

ABIM mengulangi pendiriannya supaya jangan menuding jari kepada sekumpulan sahaja tanpa bukti yang kukuh kerana ianya akan mengundang ketidakadilan dalam menjalankan penyiasatan. ABIM meminta agar semua pihak terutama Kerajaan Britain mengambil langkah-langkah yang berhati-hati dalam menangani trajedi ini. Sebarang kesilapan konklusi dan andaian akan menyebabkan keadaan di London, yang mempunyai penduduk yang berbagai bangsa dan agama dalam ketakutan. Persepsi dan tuduhan secara tidak bertanggungjawab terhadap Islam mestilah dihentikan.

Image hosted by Photobucket.com


ABIM meminta agar semua pihak bertenang dan berharap pihak kerajaan Britain mengambil langkah-langkah yang serius berkaitan dengan aspek keselamatan rakyatnya daripada perbuatan-perbuatan khianat, ugutan, pergaduhan dan lain-lain lagi yang boleh menyebabkan suasana menjadi tidak aman.

Terkini : KONDOM, JARUM PERCUMA; ABIM DESAK KAJI SEMULA


Image hosted by Photobucket.com

KUALA LUMPUR, 11 Julai - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan program perintis Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan jangkitan HIV/Aids di kalangan rakyat negara ini dengan mengambil kira padangan semua pihak.

Menurut Setiausaha Agung Abim, Azizuddin Ahmad, untuk melaksanakan program itu kerajaan harus juga mendengar pandangan daripada ulama, akademik, profesional dan juga rakyat. Ini kerana katanya, program perintis itu mungkin akan menimbulkan implikasi sama ada baik atau buruk. Bagaimanapun katanya, jika kerajaan bertegas melaksanakan program pemberian kondom dan dan jarum percuma kepada sejumlah 1200 penagih di negara ini, maka ia perlu dilaksanakan dengan teliti dan serius dengan memasukkam elemen kegamaan, motivasi dan kawalan sebaiknya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan sebaik sahaja selesai 'Persidangan meja bulat; Implikasi Pemberian Jarum dan Kondom Terhadap Masyarakat', di Gombak semalam. Azizuddin berkata, perkara asas yang perlu ditekankan kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV/ Aids itu, yang paling baik adalah dengan menerapkan penghayatan cara hidup Islam yang sempurna. Beliau juga mempersoalkan adakah dengan melaksanakan program perintis itu dapat mengubah kelakuan tidak bertanggungjawab di kalangan penagih-penagih.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada statistik yang menunjukkan jangkitan HIV/Aids turun mendadak oleh negara-negara yang menggunakan kaedah pemberian jarum dan kondom serta dadah percuma kepada penagih. "Kita mendapati model yang dimulakan oleh Barat tidak pernah menampakkan kejayaan dan perubahan dalam masyarakatnya, apakah kita akan boleh berubah berdasarkan kaedah mereka? Kita tidak perlu mengikut model barat. "Adakah logik seseorang itu (penagih) apabila semasa berkongsi jarum punyai kesempatan untuk menukar jarum tersebut?

Apakah dengan memakai kondom menjamin 100 peratus tidak berlaku jangkitan tersebut, dan kita tahu bagaimana tahap pemikiran seseorang penagih," jelasnya. Tegasnya, jangan sampai rakyat dapat rasakan bahawa kerajaan kini langsung tidak mahu berfikir dan tidak dapat mempertahankan lagi nilai serta budaya, agama, bangsa dan negara. Katanya, kerajaan tidak seharusnya terburu-buru melaksanakan sesuatu perkara sekadar untuk mempertahankan fakta yang tidak tepat dan menggesa agar program ini dilaksanakan demi kebaikan umat seluruhnya.
Image hosted by Photobucket.com


Sementara itu, Wakil dari PAS Dr Rayney Azmi Ali pula berpendapat perkara utama yang perlu ditekankan dalam program ini adalah amar maaruf nahi mungkar. Malangnya, Dr Rayney berkata, di negara ini wujud konsep mengajak rakyat kepada kebaikkan tetapi tidak ada mencegah kepada kemungkaran.

"Kalau asasnya kuat, seperti didikan agama, segala masalah akan selesai, ini kerana kebanyakkan kaum melayu yang menjadi mangsa HIV dan dadah, sekiranya mereka ini ada pengangan agama mungkin masalah ini tidak akan timbul," jelasnya.

Justeru kata beliau, yang sewajarnya menjadi langkah-langkah pencegahan adalah penutupan saluran-saluran yang akan melorongkan mereka kepada jangkitan HIV seprti, membanteras gejala maksiat di pelbagai peringkat, gerak gempur sarang-sarang penagih dadah dan sarang maksiat serta penyederhanaan program dan bucaya hiburan yang semakin keterlaluan.

Di antara panelis yang hadir dan membentangkan kertas kerja masing-masing adalah, Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria; Pakar Perunding Kanak-kanak dan Penyakit Berjangkit Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Kamarul Azhar Mohd Razali; Pengurus Program HIV/AIDS Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato' Dr Faisal Ibrahim; dan Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kampung Baru, Dr Ishak Mas'ud manakala Dr Rayney Azmi Ali dari Pusat Perubatan Kohilal mempengerusikan sesi pembentangan itu.


REFORMASI DIRI: Membina Syakhsiah Keimanan Dan Ketakwaan

Image hosted by Photobucket.com

Oleh: Mohd Nor Zaiman Che Mansor

Di mana kita berada orang bercakap tentang reformasi-gerakan pembaharuan yang berbagai dari segi ekonomi,politik,sosial,pendidikan dan sebagainya.Tetapi tidak banyak kita mendengar orang bercakap untuk melakukan reformasi dalam diri demi membina jati diri individu itu sendiri.

Di dalam konteks kita berdakwah reformasi diri penting dari masa ke semasa. Ini kerana sebagai seorang da'ie, kita harus memastikan tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t sama ada menaik ataupun menurun di samping kita berdakwah kepadaorang lain.Apabila kita disuruh untuk melakukan ibadat puasa sunat dua hari seminggu setiap isnin dan khamis sebagai usaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t, ramai di antara kita tidak mengambil berat akan perkara itu.Kita tidak memandangnya sebagai satu perkara penting di dalam kerangka tarbiyyah, kerana ia hanya puasa sunat.

Tetapi sebagai umat islam kita harus menilainya secara rasional kerana Rasulullah sallahua'lahiwassalam sendiri pun melakukan puasa sunat apabila ketiadaan makanan,bukan setakat dua kali seminggu malah berhari-hari.Di samping itu, kita sudah mengetahui bahawa dalam ajaran islam puasa sunat diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t,di samping membentuk kesihatan jasmani dan rohani.

Sesungguhnya sebagai umat islam kita seharusnya kembali kepada ajaran agama kita dalam apa jua keadaan dan ketika.Kita wajib bersyukur kepada Allah s.w.t ketika berada di dalam kesenangan.Kita juga diajar untuk bersabar apabila keadaan memerlukan kesabaran.Kita juga diajar berusaha dengan gigih dan menyerah kepada Allah ketika keadaan menekan kita. Itulah cahaya keimanan dan ketakwaan kepada Allah kerana segala-galanya datang dari Allah ta'ala.Oleh sebab itu, di dalam konteks dakwah yang kita bawa ini kita harus memandangnya sebagai satu wasilah untuk kita meningkatkan jati diri dan keimanan kepada Allah s.w.t.

Dakwah mesti berteraskan kepada "Amar Ma'ruf Nahi Munkat" disamping kita beribadat kepada Allah ta'ala.Denganitu, kita harus mempersiapkan diri kita dengan kemantapan iman dan ilmu dari pelbagai cabang. Ini kerana, di dalam keadaan kebejatan sosia yang semakin meruncing sekarang ini memerlukan semangat perjuangan yang kental berlandaskan iman dan ilmu yang mantap.

Selain itu, kita harus memastikan apa jua amalan yang kita lakukan sama ada amalan seharian ataupun dalam konteks berdakwah mestilah selari dengan landasan yang telah ditetapkan oleh syariat islam.Begitu juga dalam proses penjanaan jati diri mestilah berlandaskan kepada keimanan dan ketakwaan.Sesungguhnya perjuangan di dalam islam menegakkan keadilan dan kebenaran sejagat.Oleh itu wajib di atas seseorang pejuang itu menegakkan keadilan dan kebenaran bukannya kebatilan dan kemunkaran.Dan setiap yang dilakukan mestilah secara berhikamh dan selari dengan islam bukannya secara keganasan melulu.

Kita seharusnya melakukan reformasi diri dengan melakukan segala ibadat kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar ibadat.Kita tidak perlu takut menghadapi segala cabaran sama ada dari segi mental dan fizikal sekiranya kekuatan tersebut itu ada pada diri kita.Ini kerana perjuangan yang lebih besar sedang menanti kita yang memerlukan setiap pengorbanan daripada setiap pejuang,sama ada pengorbanan harta mahupun nyawa. Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan,setiap pengorbanan memerlukan hati dan nurani yang tulus.

Kita mudah mengelabah sekiranya menghadapi sedikit kepayahan, tetapi kurang bersyukur apabila memperolehi sedikit kesenangan.Kita juga kurang memikirkan bagaimana untuk memenuhi masjid dengan ahli jemaah,mengambil berat tentang dakwah dan tarbiyyah dan memikirkan masalah kebejatan sosial yang berlaku di luar sana.Oleh itu,disamping mengatur programyang bertali arus,reformasi syakhsiah diri perlu dititik beratkan juga.Amalkan sifat bersyukur,berdoa,berusaha,bantu membantu dan akhirnya bertawakkal kepada Allah s.w.t. Dengan itu, semoga kita mendapat keredhaan dan perlindungan Allah s.w.t
wallahua'lam


Image hosting by Photobucket
::Siswazah Muda Abim (SISMA)::

Pengenalan


"SISMA @ Siswazah Muda ABIM ditubuhkan pada 26 Februari 2005. Badan dakwah ini ditubuhkan atas inisiatif pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan ahli PKPIM dan bekas pimpinan PKPIM kampus.Badan ini ditubuhkan di atas nama pelajar-pelajar islam di dalam meneruskan pejuangan menegakkan keadilan dan kebenaran serta menjadi penongak kepada kebangkitan Islam"

Menggamit Memori


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Last posts

Blog Ahli SISMA

Jaringan

Nasyid


- SELAMAT BERJUANG -
Wahai Sahabat-sahabat SISMA

Sembang