Monday, August 22, 2005

Muktamar Abim ke-34 saksikan pertukaran pimpinan baru

Muktamar Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ke-34 yang berlangsung di Bangi, bau-baru ini menyaksikan perubahan pucuk pimpinan badan itu bagi sesi 2005-2007.

Muktamar yang bertemakan 'Memimpin Perjuangan: Merangsang Kejayaan Masa Depan' menyaksikan Yusri Mohamad dipilih sebagai Presiden Abim yang keenam.
Manakala mantan Presiden, Ahmad Azam Abdul Rahman melepaskan jawatannya dalam suasana yang muhibbah.

Setiausaha Agung Abim, Khairul Arifin Mohd Munir, berkata pada muktamar tersebut, para perwakilan telah memilih barisan kepimpinan yang baru bagi menggantikan kepimpinan sebelum ini.

Abim yang diterajui oleh Yusri, turut menyaksikan Rumaizuddin Ghazali sebagai Timbalan Presiden, Ahmad Shaiful Alwi Mohd Noor, Azril Mohd Amin dan Dr Mastura Badzis sebagai Naib Presiden.

Manakala, Khairul Ariffin Mohd Munir sebagai Setiausaha Agung (SUA), Azwiralbukhairi Abd Aziz sebagai Penolong SUA, dan Ahmad Saparuddin Yusup sebagai Bendahari.

Ahli-ahli Exco Abim pula terdiri daripada Mohd Zaidi Aziz, Fadhlina Siddiq, Mohd Raime Abd Rahim, Jufitri Joha, Dr Saifullah Al-Hani, Maria Kamel, Ahmad Shabrimi Sidek, Fauwaz Hasbullah, Marzuki Mohamad, Mohd Yusni Husaini Mohd Yussof dan Dr Nor Haslinda Abdullah.

Wednesday, August 17, 2005

MAJLIS ILMU!

Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Ogos 2005)


19 Ogos 2005
JUMAAT

Surau al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, AmpangSelepas Maghrib-Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Ditegah)

20 Ogos 2005 SABTU

Surau al-Syakirin, Bandar UtamaSelepas Maghrib-Riyadh al-Salihin (Kitab Adab Bermusafir)

21 Ogos 2005 AHAD

Dewan Kuliah, Balai Islam Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail10.00 pagi-Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Disuruh, Bab al-Taqwa)

*Kuliah Maghrib di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer. Petaling Jaya dibatalkan.



Wednesday, August 10, 2005

Sheikh Ahmad Deedat Dalam Kenangan

Image hosted by Photobucket.com
Ahmad Deedat tokoh dunia islam

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.Pada 8 0gos 2005 dunia islam kehilangan seorang tokoh pendakwah dan pendebat islam-kristian yang hebat Ahmad Deedat. Beliau meninggal pada usia 87 tahun merupakan seorang tokoh terbilang dan terkenal di seluruh dunia.

Jasa beliau terhadap dunia islam sudah tidak dapat dipertikaikan lagi ketika berada di pentas debat islam-kristian. Beliau meninggalkan banyak buku, video dan rakaman audio yang menjelaskan jawapan Islam secara jelas dan tuntas terhadap tuduhan dan pengaruh kebohongan yang disebarkan oleh pihak kristianiti bagi mengelirukan kebanyakan orang muslim.Beliau juga merupakan pengasas Pusat Dakwah Islamiah Antarabangsa (IPCI) di Durban, Afrika Selatan. Ramai yang telah menganut islam di tangannya selepas mendengar hujah-hujah beliau ketika menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh pihak non-muslim terhadap muslim.

Antara buku-bukunya yang terkenal ialah The Choice-Between Islam and Christianity; "Is the Bible God’s Word?", "Al Qur’an the Miracle of Miracles", "What the Bible says about Muhammad (PBUH)?", and "Crucifixion or Cruci-Fiction?". Semoga usaha beliau ini akan diteruskan oleh pengantinya seperti Dr Zakir Naik dan lain-lainnya.

Wallahua'lam

Tuesday, August 09, 2005

CONVEST "05



Majlis konvokesyen akan bermula tidak lama lagi. Maka sudah pastilah universiti ini akan melahirkan graduan-graduan pelbagai bidang yang akan memulakan corak penghidupan yang baru. Kepada graduan-graduan tersebut diucapkan tahniah dan semoga berjaya meletakkan diri pada tempat yang akan memberi manfaat kepada agama,bangsa dan negara.

Kepada pihak pengurusan Pesta Konvokesyen @ convest '05 diharapkan semoga berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan dan sekaligus dapat mencorakkan convest'05 ini dengan sebaiknya. Konsep amar ma'ruf nahi munkar harus dipertahankan. Pergaulan yang terlampau bebas antara berlainanan jantina semasa pesta berlangsung harus dicegah sebaiknya. Sesuai dengan konsep yang diperjuangkan. Semoga berjaya.insyaAllah

Monday, August 08, 2005

BEDAH BUKU (2)

Image hosted by Photobucket.com

Inheritance - Regulations & Exhortations 2nd Edition
Author: Dr. Muhammad al-Jibaly.Publisher: Al-Kitaab & as-Sunnah Publishing (01-Jun-05)Pages: 149 (hardback)

Description
Inheritance - Regulations & Exhortations 2nd Edition (formaly known as The Islamic Will and Testament)
Inheritance distribution is a religious issue that Allah decreed in his revelation. Our obligation is to understand it and implement it correctly. Neglecting this, especially in non-Muslim countries, may lead to distributing a Muslim's estate in discord with Allah's guidance, and may deprive some of the rightful heirs. With this in mind, we included in this book: 1. A concise study of the Islamic Law of Inheritance. 2. Authentic information and instructions for writing a will. 3. Practical ready-to-fill will and supplementary forms.
...............
Reviews
You may write about this book and talk about its structure and content, how you benefited from it, how you would advise others in order to benefit from it and what issues it may have clarified for you. This will help others in gaining more out of the book inshaa'allaah. May Allaah reward you for your time and effort.

SIRI AKIDAH (1)

Berpegang Pada Prinsip Ahlusunnah wal Jama'ah Elak Kesesatan


Oleh: Mohd Nor Zaiman Che Mansor

Segala puji bagi Allah ta'ala yang memberi petunjuk dan hidayah serta menunjuki jalan cahaya islam yang benar. Kita bermohon kepada-Nya agar terus memberikan hidayah dan petunjuk hingga akhir hayat dan jauhi segala kesesatan. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad sallahua'laihiwassalam yang di utuskan membawa rahmat bagi sekalian alam. Wa ba'du.

Melihatkan pelbagai bentuk penyelewengan yang menyerang umat islam sekarang ini telah mengetarkan jiwa-jiwa para dai'e untuk bekerja keras bagi memikirkan jalan terbaik untuk mengatasinya. Tidak cukup dengan serangan berbentuk fizikal yang dilakukan oleh musuh-musuh islam, umat islam juga turut di serang dari segi akidahnya juga. Segala bentuk penyelewengan akidah yang dilakukan oleh dajjal-dajjal untuk menyesatkan umat islam daripada memahami ajaran islam yang sebenar yang di bawa oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam dan di sambung oleh para sahabat beliau Radiyallahu a'nhum sudah dapat dilihat di mana-mana.

Image hosted by Photobucket.com
ajaran yang tidak berpegang teguh pada akidah yang benar mudah terseleweng

Maka sudah pastilah ianya akan menyebabkan umat islam terpaksa membentengkan diri dengan bentengan yang kuat agar dapat menepis segala bentuk serangan yang ada. Kita bermohon pada Allah ta'ala agar diberikan jalan petunjuk sehingga akhir hayat, seperti mana Firman-Nya "ertinya, Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan Islam". (Ali-Imran : 102). Begitu juga kita bermohon agar dijauhi segala bentuk kesesatan setelah menerima hidayah-Nya,Firman Allah ta'ala"Ya Allah, janganlah engkau palingkan hati-hati kami setelah engkau memberi kami hidayah". (Ali Imran : 8).

Maka sudah pastilah umat islam diseru agar kembali kepada prinsip-prinsip akidah ahlusunnah wal jama'ah yang dijamin oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam agar tidak terpesong dari jalan kesesatan,sepertimana yang diterangkan oleh Rasulullah kepada para sahabat di dalam sebuah hadis , sabda Rasulullah "Telah berpecah kaum Yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan , dan telah berpecah kaum Nashara menjadi tujuh puluh dua golongan , sedang umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, semuanya akan masuk neraka kecuali satu. Maka kami( sahabat) pun bertanya, siapakah yang satu itu ya Rasulullah ..? , beliau menjawab : yaitu barangsiapa yang berada pada apa-apa yang aku dan para sahabatku jalani hari ini". (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi 5/2641 dan Al-Hakim di dalam Mustadraknya I/128-129)

Image hosted by Photobucket.com
Ayah Pin salah satu ajaran sesat di Malaysia

Peringatan yang diberikan oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam di dalam hadis di atas tersebut agar berpegang teguh kepada ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah sallahu'alihiwassalam dan dilalui oleh para sahabat baginda sudah pasti menjamin jalan yang selamat yang jauh dari segala bentuk kesesatan. Inilah yang yang telah digariskan oleh para ulama Ahlusunnah wal Jama'ah yang menyeru kepada umat islam untuk berpegang teguh dengan ajaran yang mengikuti ajaran Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya baik dalam hal keyakinan, amalan mahupun ucapan.

Kita juga haruslah bersatu di atas Al-Quran dan Assunnah kerana ianya merupakan perintah Allah ta'ala dan Rasulullah sallahua'laihiwassalam. Firman Allah ta'ala "Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah seluruhnya dan jangan kalian berpecah belah ...”surat Ali Imran ayat 103. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku tinggalkan sesuatu untuk kalian. Bila kalian berpegang teguh dengannya maka kalian tidak akan tersesat selamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku.” (HR. Imam Malik). Maka di dalam memahami Al-Quran dan As-sunnah kita juga harus memahami dengan pemahaman Salaful Ummah.

Image hosted by Photobucket.com
Kumpulan ajaran sesat persenda ayat Al-Quran

Untuk memahami pemahaman Salaful Ummah ini maka hendaklah kita merujuk ulama-ulama yang berpegang dengan prinsip ahlu sunnah wal jama'ah yang berdiri di atas Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam, dan juga pemahaman para sahabat radiyallahu 'anhum. Sepertimana sabda rasulullah sallahu 'alaihi wassalam “Sesungguhnya barang siapa yang masih hidup sepeninggalku nanti,ia akan melihat perbezaan prinsip yang banyak sekali, untuk itu wajib bagi kalian mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa Arasyidin yang mendapat petunjuk, peganglah erat-erat dan gigitlah dengan gigi geraham dan jauhilah perkara baru dalam agama, kerana setiap perkara baru dalam agama itu bid’ah dan setiap bidah itu sesat.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi). Inilah prinsip persatuan umat yang harus dijadikan sebagai pegangan.

Oleh itu hendak kita dan umat islam keseluruhan mengoreksi diri kembali. Bentengilah diri dengan benteng yang menjamin keselamatan di dunia dan akhirat. Jauhilah dan banteraslah segala bentuk ajaran yang membawa kepada kesesatan.Kembalilah merujuk kepada Al-Quran dan As-sunnah dengan pemahaman yang sebenar dengan merujuk kepada para ulama yang berpegang teguh dengan prinsip yang dinyatakan tadi. Kita berdoa pada Allah ta'ala agar diberikan petunjuk dan hidayah agar dapat kita kembali kepada -Nya dengan berada pada jalan yang diredhai-Nya.

wallahua'lam

Monday, August 01, 2005

USRAH SISMA - DIADAKAN SETIAP HARI AHAD JAM 8.00 MALAM

USRAH SISMA USRAH SISMA USRAH SISMA USRAH SISMA USRAH SISMA USRAH SISMA

SURAH AT-TAUBAH: 45-49

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com


Terjemahan Surah At-Taubah: 45-49

45] Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.

[46] Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka dan dikatakan (oleh Syaitan): Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal.

47] Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

[48] Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) agama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya.

[49] Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah. Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu) dan sesungguhnya azab Jahanam meliputi orang-orang yang kafir.

[50] Jika engkau (wahai Muhammad) beroleh sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati dan jika engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata: Sesungguhnya kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu dan mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira.

PENERANGAN RINGKAS BERKENAAN SURAH:

Surah al-Taubah ini merupakan surah madaniyyah yang mana didalamnya banyak terkandung ciri-ciri madaniyyah yang mengungkap banyak berkenaan syariat-syariat Allah dan cerita-cerita pembohongan para munaffuqun terhadap Islam dan umatnya.

Diriwayatkan oleh Bukhari rhm. Dari al-Bara’ bin A’zib sesungguhnya surah yang terakhir diturunkan kepada Nabi S.A.W ialah surah Al – Baraah (At-Taubah). Ibn Kathir pula meriwayatkan bahawa permulaan surah ini diturunkan kepada Nabi S.A.W ketika pulangnya dari peperangan Tabuk iaitu pada tahun ke-9 hijriah.

Peperangan Tabuk merupakan peperangan diantara umat Islam dan Empayar Rom yang terkenal dengan kegagahan yang telah berjaya mengalahkan Parsi. Kepanasan padang pasir dan perjalanan yang jauh serta kekuatan tentera Rom merupakan ujian kepada umat Islam untuk melihat sejauh mana keimanan dan keikhlasan mereka terhadap Allah dan Rasulnya. Maka terserlahlah mereka yang sebenarnya berpura-pura dan mereka yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T yang lantas sikap mereka ini telah diabadikan didalam surah At-Taubah sebagai pengajarn kepada kita di hari ini.

Menurut “Sofwatul tafasir’ yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Ali Sobuni, surah ini mempunyai 2 matlamat iaitu :

1) Menerangkan Undang-undang Islam didalam bergaul dengan golongan Musyrikin dan Ahli Kitab

2) Mendedahkan kepesongan hati bilamana golongan tersebut mengelakkan diri daripada bersama Rasullah S.A.W dan Peperangan Rom.

TAFSIR RINGKAS AYAT 45-49

45) Bilamana datang kepadamu wahai Muhammad golongan-golongan munafiq yang mana tidak kukuh iman didalam hati mereka, malah mereka berasa syak terhadap kebenaran Allah dan pahala-pahala yang dijanjikan Allah, sesungguhnya mereka itu keliru serta bingung dan tidak memahami apa yang mereka lakukan.

46) Walaupun mereka ini kelihatan seperti ingin berjihad bersamamu Muhammad tetapi mereka tidak mempersiapkan diri mereka dengan kelengkapan perang dan sesungguhnya tidakan mereka merupakan bukti bahawa mereka sebenarnya mereka tidak mahu berperang. Dan akan tetapi Allah sememangnya membenci pemergian mereka untuk berperang umat Islam lalu dipatahkan semangat mereka dan dicampakkan di dalam jiwa mereka perasaan malas dan Allah menjadikan mereka duduk bersama golongan wanita dan kanak-kanak dan orang- orang yang uzur sebagai satu penghinaan kepada mereka

47) Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa sekalipun orang-orang munafiq ini pergi berperang merekata tidak akan mendatangkan kebaikan kepada tentera-tentera Islam bahkan melemahkan dan membawa keburukan kepada tentera-tentera Islam kerana mereka akan bersegera untuk menanam benih- benih hasutan dan fitnah agar umat Islam bergaduh dan bertelingkah sesama sendiri. Seterusnya Allah juga menerangkan tentang sikap segilintir umat Islam yang lemah jiwanya yang cepat terpengaruh dan menurut kehendak golongan munafiqin. Diakhir ayat ini Allah menegaskan bahawa Allah amat memahami dan mengetahui sifat orang-orang munafiq luar dan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka. (Di dalam ayat yang lain ada diungkapkan bahawa golongan munafiq amat takut kalau Allah mendedahkan perihal pembohongan mereka dengan penegasan ini pastinya orang-orang munafiq lebih gentar dan takut)

48) Sesungguhnya mereka sebelum peperangan Tabuk lagi sudah menaburkan fitnah dan memecah belahkan antara kamu dan sahabat handai kamusperti yang dilakukan oleh ibn Salul bersama sahabatnya yang berpisah daripada tentera Islam sewaktu peperangan uhud yang menyebabkan tentera Islam berkurangan dan mereka juga merencana helah serta strategi untuk menghancurkan agamamu ( Muhammad S.A.W) . sehinggalah apabila Allah datangkan kemenangan dengan pertolonganNya dan mengangkat martabat agamanya lalu mereka berasa benci terhadap kemenangan tersebut kerana mereka sememangnya tidak ikhlas terhadap Allah.

49) Dan ada diantara golongan munafiq itu yang meminta kepada Nabi S.A.W untuk tida berperang kerana takut terkena fitnah. Menurut ibn Abbas ayat ini di turunkan berhubung kisah (al-jad bin Qis) yang mana meminta nabi untuk tidaj pergi memerangi Bani Asfar kerana risau dengan fitnah wanita- wanita cantik di sana. Lalu Allah mengkritik golongan ini dengan mengingatkan perihal mereka yang telah lebih dahulu jatuh dalam fitnah bilamana mereka tidak mahu berperang yang mendedahkan kekufuran dan sikap nifaq mereka. Bagi mereka ini azab jahannam yang pedih dan mereka tidak boleh melarikan diri kerana meraka telah diliputi olehnya dari segenap penjuru.

PENGAJARAN AYAT BERDASARKAN USRAH SISMA:

1) Bagi mereka yang ikhlas dalam perjuangan mereka akan segera dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam berjuang dan mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan alasan dari berjuang. Namun amat menyedihkan bilamana segelintir ahli-ahli dakwah yang tidak ikhlas untuk berjuang, sekiranya diajak ke program-program dakwah mereka akan lmeminta izin untuk pergi kerana alasan-alasan yang remeh. Adakah ini sikap ahli dakwah? Kalau pun dinyatakan kesanggupan untuk menghadirkan diri mereka tidak pula bersiap sedia dari awal untuk pergi seolah-olah mereka telah berhasrat untuk tidak pergi. Lalu diamanakah keikhlasan kita untuk berdakwah.

2) Sesungguhnya kehadiran kita untuk berjuang kerana Allah adalah kerana kehendak Allah. Sekiranya Allah tidak mahu dan tidak suka kiata berjuang kerananya maka kita akan ditempatkan bersama di dalam golongan yang tidak membantu agama Allah dengan Allah mencampak pelbagai penyakit hati dalam jiwa kita misalnya malas. Justeru itu, kita patut bersyukur kerana Allah dorong kita untuk bersama-sama jamaah ini PKPIM untuk menegakkan agama Allah. Sedarlah sahabat-sahabat bahawa kita yang perlu kepada Allah, dan Allah tidak memerlukan kita untuk menegakkan agamanya. Berusahalah untuk mendapat hidayahnya agar kita tergolong daripada golongan yang mendapat rahmatnya.

3) Daripada ayat ke-46 dapat juga kita fahami bahawa betapa perlunya kita bertawakal kepada Allah kerana ditangan Allahlah segala urusan di tentukan. Di dalam perjuangan ini kita perlu sentiasa berserah kepada Allah disamping tidak melupakan tanggungjawab kita untuk berusaha.

4) Disamping itu ayat-ayat diatas mengajak kita agar mentaati Allah dan Rasulnya tanpa membantah. Turut diingatkan bahawa keikhlasan amat penting dan Allah melihat kepada hati niat insane didalam menerima amalan mereka. Ikhlaskanlah diri dalam perjuangan.

Disediakan oleh:

Muslih Iman



Image hosting by Photobucket
::Siswazah Muda Abim (SISMA)::

Pengenalan


"SISMA @ Siswazah Muda ABIM ditubuhkan pada 26 Februari 2005. Badan dakwah ini ditubuhkan atas inisiatif pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan ahli PKPIM dan bekas pimpinan PKPIM kampus.Badan ini ditubuhkan di atas nama pelajar-pelajar islam di dalam meneruskan pejuangan menegakkan keadilan dan kebenaran serta menjadi penongak kepada kebangkitan Islam"

Menggamit Memori


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Last posts

Blog Ahli SISMA

Jaringan

Nasyid


- SELAMAT BERJUANG -
Wahai Sahabat-sahabat SISMA

Sembang