Sunday, September 18, 2005

Program Wacana

Program Wacana "ESQ-Rahsia kejayaan membangunkan kecerdasan emosi dan spiritual "
Dari Kiri: Tuan Haji Ary, Sdr Hilmi Ramli dan Sdr Mohd Nor Zaiman

Pada 17 September 2005 telah diadakan satu wacana ilmu yang bertajuk "ESQ-Rahsia kejayaan membangunkan kecerdasan emosi dan spiritual" bertempat di dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Wacana ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ary Ginanjar Agustian dari ESQ Leadership Center of Indonesia.

Motif utama wacana ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman kepada para peserta dengan jelas iaitu unsur-unsur pembinaan jatidiri dan pembangunan modal insan melalui suara hati, fitrah dan ilmu,psikologi asmaul-husna, bagi membantu,membina dan membentuk individu yang mempunyai keperibadian yang unggul,iaitu yang berilmu dan bertakwa,menghayati budaya cemerlang,menghargai nilai hubungannya dengan Allah swt dan sesama manusia,dan menghayati makna iman,islam dan ihsan.

Pak Ary bergambar bersama PKPIM

wacana ini dianjurkan oleh Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Alumni ESQ Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Ianya dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan tempat.

Monday, September 12, 2005

Ikhlas Mendasari Perjuangan

Image hosted by Photobucket.com
Mohd Nabil Majdi B Arip
(Pengarah SISMA)

Assalamua'laikum, sahabat-sahabat sekalian. Apabila kita menyebut tentang dasar perjuangan tidak dapat tidak hendaklah ia di dasari dengan keikhlasan,Bagi mereka yang ikhlas dalam perjuangan mereka akan segera dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam berjuang dan mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan alasan dari berjuang. Namun amat menyedihkan bilamana segelintir ahli-ahli dakwah yang tidak ikhlas untuk berjuang, sekiranya diajak ke program-program dakwah mereka akan meminta izin untuk pergi kerana alasan-alasan yang remeh. Adakah ini sikap ahli dakwah? Kalau pun dinyatakan kesanggupan untuk menghadirkan diri mereka tidak pula bersiap sedia dari awal untuk pergi seolah-olah mereka telah berhasrat untuk tidak pergi. Lalu diamanakah keikhlasan kita untuk berdakwah.

Sesungguhnya kehadiran kita untuk berjuang kerana Allah adalah kerana kehendak Allah. Sekiranya Allah tidak mahu dan tidak suka kita berjuang kerananya maka kita akan ditempatkan bersama di dalam golongan yang tidak membantu agama Allah dengan Allah mencampak pelbagai penyakit hati dalam jiwa kita misalnya malas. Justeru itu, kita patut bersyukur kerana Allah dorong kita untuk bersama-sama jamaah ini PKPIM untuk menegakkan agama Allah. Sedarlah sahabat-sahabat bahawa kita yang perlu kepada Allah, dan Allah tidak memerlukan kita untuk menegakkan agamanya. Berusahalah untuk mendapat hidayahnya agar kita tergolong daripada golongan yang mendapat rahmatnya.

Daripada ayat ke-46 Surah At-Taubah dapat juga kita fahami bahawa betapa perlunya kita bertawakal kepada Allah kerana ditangan Allahlah segala urusan di tentukan. Di dalam perjuangan ini kita perlu sentiasa berserah kepada Allah disamping tidak melupakan tanggungjawab kita untuk berusaha.Disamping itu ayat-ayat diatas mengajak kita agar mentaati Allah dan Rasulnya tanpa membantah. Turut diingatkan bahawa keikhlasan amat penting dan Allah melihat kepada hati niat insane didalam menerima amalan mereka. Ikhlaskanlah diri dalam perjuangan.

Wallahua'lam

Sunday, September 11, 2005

Pilihan Raya Kampus Semakin Hampir- Mahasiswa Harus Mengambil Sikap Berhati-Hati

Image hosted by Photobucket.com
Mohd Nor Zaiman Che Mansor
(Timbalan Pengarah SISMA 1)

"Seharusnya mahasiswa-mahasiswi mestilah mengambil langkah yang berhati-hati di dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Apatah lagi apabila perjuangan itu didasari oleh dakwah islamiyyah yang tulen.Di dalam keterlibatan dalam pilihanraya kampus ini nilai prinsip dan kekuasaan haruslah dilihat sebagai rangkaian yang selari yang juga didasari oleh dakwah islamiyyah yang kuat. Mestilah juga berkonsepkan amar-ma'ruf nahi munkar yang sudah pastilah sentiasa istiqomah. "

Pilihanraya kampus adalah satu fenomena penting bagi mahasiswa-mahasiswi yang bergerak aktif di setiap kampus. Kepentingannya akan dimanfaatkan oleh mereka yang berkepentingan di dalam menegakkan idealisma perjuangan masing-masing. Sudah tidak dapat dinafikan lagi keterlibatan mahasiswa-mahasiswi di dalam pilihanraya ini adalah mereka yang terdidik dengan idealisma yang mempunyai agenda tersendiri.

Kepelbagaian fikrah yang pastinya akan membahagi-bahagikan kelompok dikalangan mahasiswa-mahasiswi ini berdasarkan hala tuju perjuangan masing-masing. Namun ia tidak menghalang matlamat mereka yang satu yaitu memenangi pilihan raya tersebut. Bagi mereka yang sudah berpengalaman dengan pilihan raya kampus ini sudah pastilah dapat melihat akan senario krisis pertembungan antara nilai dan kuasa.Kadangkala di dalam keghairahan untuk memenangi pilihanraya terpaksa mengorbankan nilai prinsip idealisma perjuangan.Kadangkala juga dek kerana melihat kekuasaan suatu kepentingan yang utama pentarbiyahan nilai dakwah juga terpaksa dikorbankan.Matlamat untuk memenangi pilihan raya juga kadang kala bercampur dengn yang hak dan bathil.

Seharusnya mahasiswa-mahasiswi mestilah mengambil langkah yang berhati-hati di dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Apatah lagi apabila perjuangan itu didasari oleh dakwah islamiyyah yang tulen.Di dalam keterlibatan dalam pilihanraya kampus ini nilai prinsip dan kekuasaan haruslah dilihat sebagai rangkaian yang selari yang juga didasari oleh dakwah islamiyyah yang kuat. Mestilah juga berkonsepkan amar-ma'ruf nahi munkar yang sudah pastilah sentiasa istiqomah. Janganlah menjadikan pilihan raya ini sebagai pentas untuk menunjukkan kekuasaan yang didasari oleh keangkuhan dan kesombongan yang tidak ada nilainya.

wallahua'lam


Image hosting by Photobucket
::Siswazah Muda Abim (SISMA)::

Pengenalan


"SISMA @ Siswazah Muda ABIM ditubuhkan pada 26 Februari 2005. Badan dakwah ini ditubuhkan atas inisiatif pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan ahli PKPIM dan bekas pimpinan PKPIM kampus.Badan ini ditubuhkan di atas nama pelajar-pelajar islam di dalam meneruskan pejuangan menegakkan keadilan dan kebenaran serta menjadi penongak kepada kebangkitan Islam"

Menggamit Memori


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Last posts

Blog Ahli SISMA

Jaringan

Nasyid


- SELAMAT BERJUANG -
Wahai Sahabat-sahabat SISMA

Sembang