Friday, February 24, 2006

Akhbar Tempatan siar karikatur Hina Nabi: Jijik dan Biadap

"Kepada mereka yang bukan Islam seharusnya menjaga dan bersifat beradap terhadap kebenaran agama Islam, sesungguhnya Islam tidak menjadikan penghinaan itu sebagai senjata untuk menunjukkan kebenaran sesuatu agama. Sifat saling hormat menghormati merupakan budaya yang di anjurkan oleh Islam, melainkan kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang ditunjukkan oleh Islam."


Jijik dan biadap! itulah antara kata-kata yang boleh diberikan kepada satu lagi akhbar tempatan (NST) yang menyiarkan karikatur penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w semalam, akhbar itu telah menyiarkan kartun yang dilukis oleh wiley miller di halaman lapan life & times yang boleh disifatkan menghina Nabi.


Di dalam keadaan umat islam seluruh dunia marah dan mengutuk tindakan yang dilakukan oleh akhbar Denmark yang menyiarkan karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w amat dikesali dan kecewa ianya juga berlaku negara kita sendiri. Di dalam usaha umat islam di Malaysia menentang isu tersebut dan menganggapkan hina dan jijik tanpa segan silu akhbar-akhbar tempatan kita juga melakukan penghinaan yang sama.


Sebelum ini akhbar tertua di sarawak, Sarawak Tribune juga mengambil langkah yang sama menyiarkan semula karikatur tersebut. Tanpa memikirkan perasaan umat islam di negara ini dan dunia keseluruhannya mereka mengambil langkah yang jijik dan biadap. Walaupun tindakan telah di ambil terhadap mereka namun masih tidak memadai. Sepatutnya penyiar-penyiar tesebut di heret dan dikenakan tindakan yang setimpal sekurang-kurangnya di bawah akta keselamatan dalam neger (ISA) kerana boleh menyebabkan keadaan huru-hara.


Tidak ada guna kita memarahi tindakan yang dilakukan oleh akhbar Denmark sekiranya perkara yang sama juga berlaku di dalam negara kita sendiri, dan amat menyedihkan kalau tidak di ambil tindakan yang setimpal terhadap mereka yang jijik, biadap dan hina ini. Kerajaan harus mengambil tindakan yang serius untuk di beri pengajaran kepada mereka dan yang lain, ini agar menjaga kesucian dan keperibadian Nabi sallahua'laihiwasalam dan menjaga ketinggian agama Islam itu sendiri.


Kepada mereka yang bukan Islam seharusnya menjaga dan bersifat beradap terhadap kebenaran agama Islam, sesungguhnya Islam tidak menjadikan penghinaan itu sebagai senjata untuk menunjukkan kebenaran sesuatu agama. Sifat saling hormat menghormati merupakan budaya yang di anjurkan oleh Islam, melainkan kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang ditunjukkan oleh Islam.


wallahua'lam

Mohd Nor Zaiman Che Mansor

Thursday, February 16, 2006

Umat Islam Harus Bertindak Bukan Sekadar Beretorika

"Tidak ada usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara umat islam. Langkah "bacul" yang diambil oleh pemimpin-pemimpin ini hanyalah untuk menjaga kepentingan diri masing-masing. Seharusnya untuk mengubah suasana ini kita memerlukan pemimpin yang betul berjuang demi agama dan umat. "kebaculan " orientasi pertubuhan-pertubuhan kononnya membela umat islam dan islam itu sendiri harus dirobah.Perjuangan harus disertai dengan tindakan, sama juga bantahan ini harus disertai dengan gerak kerja yang strategik. "

Kes penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w masih belum reda, kesannya amat membahangkan suasana. Penghinaan yang strategik yang dilakukan oleh pihak musuh-musuh islam ini semakin melampau dan menjijikkan. Agenda kononnya mendokong hak kebebasan media dilaung-laungkan untuk menutup segala kebobrokan yang dilakukannya. Penghinaan demi penghinaan dilakukannya. Namun yang pasti ini bukanlah untuk pertama kalinya.

Image hosting by Photobucket

Umat Islam bangkit membantah penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Maka, bangkitlah umat islam dari seluruh perlosok dunia menunjukkan kemarahan yang amat sangat. penghinaan ini tidak boleh dikompromi langsung. Penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w begitu melampau dan menjijikkan yang dilakukan oleh musuh islam. Beraraklah umat islam dari seluruh pelosok dunia sambil melaung-laungkan slogan anti-Denmark, membantah ke atas penghinaan tersebut. Langkah memboikot setiap barangan dari Denmark malah juga barangan Amerika dan Yahudi merupakan langkah yang bijak namun seharusnya diimplementasikan dengan bersungguh-sungguh. Seluruh dunia islam harus menyahut langkah tersebut.

Namun, dengan tercetusnya isu yang "panas" ini masih belum mampu untuk membangkitkan semangat kesatuan dikalangan dunia umat islam. Langkah yang begitu "slow" yang dilakukan oleh pelbagai pertubuhan majoriti negara islam khususnya OIC begitu mengecewakan. Malah dapat kita lihat di dalam akhbar tempatan baru-baru ini kenyataan oleh negara pengerusi OIC itu sendiri bahawa mereka belum memikirkan lagi sama ada mahu atau tidak untuk memboikot barangan dari negara-negara tersebut. Yang dapat kita dengar hanyalah suara-suara bantahan mengutuk langkah penghinaan tersebut. Amat menyedihkan belum ada langkah yang drastik yang diambil sebaliknya hanya mengambil langkah "membantah" sambil menjaga kepentingan negara masing-masing. Amat menyedihkan.
Image hosting by Photobucket
Boikot barangan Denmark

Ini bukanlah isu yang pertama yang dilakukan oleh musuh-musuh islam, isu palestin, serangan ke atas negara-negara islam dan pelbagai lagi, hanyalah membangkitkan rasa kemarahan umat islam namun belum mampu untuk mengkerahkan tenaga-tenaga umat islam demi mengatasi isu ini. Tidak ada usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara umat islam. Langkah "bacul" yang diambil oleh pemimpin-pemimpin ini hanyalah untuk menjaga kepentingan diri masing-masing.

Seharusnya untuk mengubah suasana ini kita memerlukan pemimpin yang betul berjuang demi agama dan umat. "kebaculan " orientasi pertubuhan-pertubuhan kononnya membela umat islam dan islam itu sendiri harus dirobah.Perjuangan harus disertai dengan tindakan, sama juga bantahan ini harus disertai dengan gerak kerja yang strategik. Umat islam harus bekerja untuk mengubah suasana ini bukan hanya beretorik semata-mata.

Wallahua'lam

Mohd Nor Zaiman Che Mansor



Image hosting by Photobucket
::Siswazah Muda Abim (SISMA)::

Pengenalan


"SISMA @ Siswazah Muda ABIM ditubuhkan pada 26 Februari 2005. Badan dakwah ini ditubuhkan atas inisiatif pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan ahli PKPIM dan bekas pimpinan PKPIM kampus.Badan ini ditubuhkan di atas nama pelajar-pelajar islam di dalam meneruskan pejuangan menegakkan keadilan dan kebenaran serta menjadi penongak kepada kebangkitan Islam"

Menggamit Memori


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Last posts

Blog Ahli SISMA

Jaringan

Nasyid


- SELAMAT BERJUANG -
Wahai Sahabat-sahabat SISMA

Sembang