« Home | Umat Islam Harus Bertindak Bukan Sekadar Beretorik... » | Majlis Makan Malam » | Seminar Dakwah & Kerjaya » | Kuliah Khas Sempena Ramadhan Al-Mubarak » | Warkah Manhaj Buat Mujahid Dakwah » | Ramadhan Al-Mubarak 1426 Hijrah » | Program Wacana » | Ikhlas Mendasari Perjuangan » | Pilihan Raya Kampus Semakin Hampir- Mahasiswa Haru... » | Muktamar Abim ke-34 saksikan pertukaran pimpinan b... »

Akhbar Tempatan siar karikatur Hina Nabi: Jijik dan Biadap

"Kepada mereka yang bukan Islam seharusnya menjaga dan bersifat beradap terhadap kebenaran agama Islam, sesungguhnya Islam tidak menjadikan penghinaan itu sebagai senjata untuk menunjukkan kebenaran sesuatu agama. Sifat saling hormat menghormati merupakan budaya yang di anjurkan oleh Islam, melainkan kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang ditunjukkan oleh Islam."


Jijik dan biadap! itulah antara kata-kata yang boleh diberikan kepada satu lagi akhbar tempatan (NST) yang menyiarkan karikatur penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w semalam, akhbar itu telah menyiarkan kartun yang dilukis oleh wiley miller di halaman lapan life & times yang boleh disifatkan menghina Nabi.


Di dalam keadaan umat islam seluruh dunia marah dan mengutuk tindakan yang dilakukan oleh akhbar Denmark yang menyiarkan karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w amat dikesali dan kecewa ianya juga berlaku negara kita sendiri. Di dalam usaha umat islam di Malaysia menentang isu tersebut dan menganggapkan hina dan jijik tanpa segan silu akhbar-akhbar tempatan kita juga melakukan penghinaan yang sama.


Sebelum ini akhbar tertua di sarawak, Sarawak Tribune juga mengambil langkah yang sama menyiarkan semula karikatur tersebut. Tanpa memikirkan perasaan umat islam di negara ini dan dunia keseluruhannya mereka mengambil langkah yang jijik dan biadap. Walaupun tindakan telah di ambil terhadap mereka namun masih tidak memadai. Sepatutnya penyiar-penyiar tesebut di heret dan dikenakan tindakan yang setimpal sekurang-kurangnya di bawah akta keselamatan dalam neger (ISA) kerana boleh menyebabkan keadaan huru-hara.


Tidak ada guna kita memarahi tindakan yang dilakukan oleh akhbar Denmark sekiranya perkara yang sama juga berlaku di dalam negara kita sendiri, dan amat menyedihkan kalau tidak di ambil tindakan yang setimpal terhadap mereka yang jijik, biadap dan hina ini. Kerajaan harus mengambil tindakan yang serius untuk di beri pengajaran kepada mereka dan yang lain, ini agar menjaga kesucian dan keperibadian Nabi sallahua'laihiwasalam dan menjaga ketinggian agama Islam itu sendiri.


Kepada mereka yang bukan Islam seharusnya menjaga dan bersifat beradap terhadap kebenaran agama Islam, sesungguhnya Islam tidak menjadikan penghinaan itu sebagai senjata untuk menunjukkan kebenaran sesuatu agama. Sifat saling hormat menghormati merupakan budaya yang di anjurkan oleh Islam, melainkan kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang ditunjukkan oleh Islam.


wallahua'lam

Mohd Nor Zaiman Che Mansor


Image hosting by Photobucket
::Siswazah Muda Abim (SISMA)::

Pengenalan


"SISMA @ Siswazah Muda ABIM ditubuhkan pada 26 Februari 2005. Badan dakwah ini ditubuhkan atas inisiatif pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan ahli PKPIM dan bekas pimpinan PKPIM kampus.Badan ini ditubuhkan di atas nama pelajar-pelajar islam di dalam meneruskan pejuangan menegakkan keadilan dan kebenaran serta menjadi penongak kepada kebangkitan Islam"

Menggamit Memori


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Previous posts