« Home | Pengumuman » | Selamat Hari Raya 1427H » | Kenaikan Harga Minyak : Bebanan Untuk Rakyat » | Akhbar Tempatan siar karikatur Hina Nabi: Jijik da... » | Umat Islam Harus Bertindak Bukan Sekadar Beretorik... » | Majlis Makan Malam » | Seminar Dakwah & Kerjaya » | Kuliah Khas Sempena Ramadhan Al-Mubarak » | Warkah Manhaj Buat Mujahid Dakwah » | Ramadhan Al-Mubarak 1426 Hijrah »

Zaiman Mansor Menulis

KITA HARUS BERUSAHA MEMBELA AGAMA INI

Rangkaian di antara langit dan bumi terbina dan terjalin demi menunaikan risalah suci dari Allah ta'ala disaat memerlukan hidayat dan petunjuk demi untuk segenap umat manusia.Hukum dan peraturan alam yang tiada berubah,oleh kejadian tersebut ditembus menurut jalan yang ditentukan oleh Allah ta'ala.tidak ada sebab sesuatu di dalam semesta ini yang terjadi tanpa melalui sebab dan tanpa tujuan atau maksud.

Kelahiran islam, peristiwa besar yang pernah disaksikan oleh dunia tidak boleh tidak pasti mempunyai sebab-sebab yang menjadi pendorongnya, pasti mempunyai matlamat yang telah digariskan oleh Allah ta'ala dan sudah pastilah mempunyai tujuan yang harus dipersiap sediakan dan sentiasa dinanti-nantikan. Allah ta'ala telah menyempurna-kan risalah suci-Nya kepada umat manusia dengan islam.

Perutusan Nabi Muhammad sallahua'laihiwassalam sebagai pesuruh-Nya melengkapkan lagi kesempurnaan terhadap risalah ini.Kita tidak perlu menunggu perlu adanya hubungan baru di antara langit dan bumi demi membersihkan risalah suci ini yang sudah dikotori oleh syirik, kesesatan dan kerosakan.Terus berusaha menyampaikan risalah inikita juga tidak perlu menunggu-nunggu adanya Nabi baru yang akan membawa risalah baru setelah datangnya Nabi dan Rasul pembawa agama suci ini.

Kita juga tidak mengharapkan adanya Al-Quran baru yang akan membimbing umat manusia yang sedang kebingungan ke arah mana jalan dan hidayat. ini kerana, kita sudah ada kitab suci dari Allah ta'ala yang menjamin pengikutnya tidak sesat dan telah pula menetap syariat yang menjamin perlaksanaanya tidak tercela.Apa yang harus kita perbuat dewasa ini ialah, kita bersama seluruh dunia harus keluar meninggalkan kejahiliyahan yang sedang mengepung kita dari segala jurusan. iaitu dengan jalan mengembalikan kepercayaan kepada agama kita, sehingga kembali menjadi dasar kehidupan kita di segala bidang.

Kita tidak dapat meminta orang lain supaya mempercayai kebenaran agama kita, selama mana kita sendiri belum benar-benar mempercayai kesempurnaannya terlebih dahulu. Sebab keimanan hanya dapat disebarluaskan dengan teladan yang kita berikan kepada semua orang.Oleh sebab itu sahabat-sahabat sekalian, di atas dasar tuntutan kepada dakwah islamiyyah ini marilah sama-sama memperkukuhkan kekuatan daan persaudaraan yang ada ini, demi memastikan akan kesinambungan dan perlaksanaan kepada kesempurnaan risalah yang suci ini, demi memastikan risalah ini akan terus tersebar luas.

wallahua'lam.wassalam...,


Image hosting by Photobucket
::Siswazah Muda Abim (SISMA)::

Pengenalan


"SISMA @ Siswazah Muda ABIM ditubuhkan pada 26 Februari 2005. Badan dakwah ini ditubuhkan atas inisiatif pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan ahli PKPIM dan bekas pimpinan PKPIM kampus.Badan ini ditubuhkan di atas nama pelajar-pelajar islam di dalam meneruskan pejuangan menegakkan keadilan dan kebenaran serta menjadi penongak kepada kebangkitan Islam"

Menggamit Memori


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Previous posts